web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banteras Segera Eksploitasi Pekerja, Elak Penindasan Oleh Majikan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 1:41PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memastikan hak golongan pekerja di negara ini terjamin sepenuhnya, bagi mengelakkan mereka terus ditindas majikan tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, eksploitasi pekerja dan penafian hak golongan berkenaan masih berlaku, walaupun status sosioekonomi negara semakin baik.

Menurut beliau, anjakan zaman nyata tidak menghalang penindasan seumpama itu terus berlaku, khususnya ke atas pekerja yang digolongkan sebagai B40.

“Kes majikan tidak mempedulikan nasib pekerja sangat dikesali dan sebarang eksploitasi perlu dibenteras.

“Selain kadar upah minima yang belum berlaku secara menyeluruh , layanan terhadap pekerja sama ada dalam kalangan warga tempatan atau warga asing juga belum cukup disempurnakan oleh majikan,” katanya hari ini.

Mohd Azmi berkata, sistem kerja berkontrak yang dapat mengelakkan majikan terikat dengan pelbagai hak dan peraturan pekerjaan turut mendedahkan pekerja kepada eskploitasi.

Isu melibatkan golongan pekerja tegasnya, masih berleluasa meskipun ia dibangkitkan secara berterusan.

“Masalah seperti keselamatan pekerja , kos sara hidup, hubungan bersama majikan, kebajikan, undang-undang, layanan dan hak berkesatuan masih menjadi duri dalam daging.

“Kami berpendapat ekonomi dan kesejahteraan negara sangat bergantung kepada bagaimana negara ini mempunyai dasar dan implementasi yang betul untuk memastikan hak pekerja tidak diabaikan,” katanya.

Negara jelas Mohd Azmi, harus bergerak ke arah memastikan hak pekerja benar-benar terjamin dan  dihormati.

“Kami memandang serius ujudnya eskploitasi terhadap komuniti pelarian termasuk kanak-kanak yang menjadi mangsa kepada majikan tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.

“Kes pekerja disumbat dalam tempat tinggal yang padat sehingga berlaku penganiayaan perlu diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berkata, pekerja kerap menjadi mangsa apabila golongan konglomerat dan pelabur lebih mementingkan survival pelaburan, khususnya dalam keadaan ekonomi dan dunia sedang bergolak akibat pandemik COVID-19.

“Majikan dengan mudah mengenepikan  pekerja tanpa mengambil kira nasib pekerja terutama golongan bawahan. Hari Pekerja bukan sekadar mengadakan perhimpunan tetapi lebih dari itu.

“Setiap pekerja mempunyai hak ke atas hasil kerjanya dengan upah yang munasabah, di saat ekonomi domestik sedang dipulihkan pasca pandemik . Majikan perlu memastikan hak pekerja dijamin dan tidak hanya mengguna tenaga mereka untuk meraih keuntungan maksima,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad