web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Feri Terkandas, 119 Penumpang Terselamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 12:06PM

Feri Labuan Express 7 terkandas akibat dibawa arus ke kawasan terumbu karang di perairan Pulau Molleangin, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUDAT - Seramai 119 penumpang feri berdepan detik cemas apabila feri yang dinaiki terkandas akibat dibawa arus ke kawasan terumbu karang di perairan Pulau Molleangin, semalam.

Penumpang feri Labuan Express 7 itu dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Jeti Feri Kudat dari Jeti Feri Karakit, Pulau Banggi.

Feri berkenaan kemudiannya terkandas selepas mengalami kerosakan pada bahagian enjin. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, sejurus menerima maklumat, tiga bot ronda Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi kejadian untuk bantuan segera dan pemantauan terhadap keselamatan penumpang.

Katanya, operasi menyelamat juga melibatkan sebuah bot milik pasukan Bomba Sukarela Pulau Banggi, bot Pasukan Polis Marin (PPM), sebuah bot Pantanunam Resort dan dua buah bot penduduk kampung.

"Kesemua 119 penumpang feri telah berjaya dipindahkan ke feri penumpang bantuan yang dihantar dengan selamat, tanpa melibatkan sebarang kecederaan dan dibawa ke Jeti Feri Kudat," katanya.

Sehubungan dengan itu, Maritim Malaysia mengingatkan pengusaha feri dan pemilik bot agar sentiasa memastikan feri serta bot mereka diselenggara dengan baik.

Tambahnya, semua feri dan bot juga perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan negara. - Getaran, 1 Mei 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad