web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Desak Palestin Dibebaskan, NGO Serah Memorandum Ke Kedutaan AS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 8:28PM

Mohd Azmi (dua dari kanan) mengetuai penyerahan memorandum menuntut pembebasan Palestin sempena himpunan Hari Al Quds di depan Kedutaan AS hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nasib malang penduduk Palestin terus mendapat perhatian apabila pelbagai pihak berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) hari ini, bagi menyerahkan memorandum menuntut pembebasan negara berkenaan.

Himpunan dikenali Hari Al Quds dihadiri kira-kira 500 orang itu, turut disertai Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata, antara kandungan memorandum itu adalah menuntut AS menghentikan pembiayaan dan menghalalkan aparteid serta negara haram Israel.

Jelasnya, MAPIM juga menuntut AS menekan Israel untuk memenuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa mengenai isu hak asasi penduduk Palestin, selain melindungi serta menghormati kesucian semua tapak keagamaan di Palestin.

“Kami juga menuntut AS untuk menarik balik pengiktirafan yang diberikan kepada Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

“AS perlu menekan Israel untuk menamatkan kepungan Zionis dari Tebing Barat, terutamanya Jerusalem,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Azmi berkata, memorandum itu turut mendesak tentera Zionis bertanggungjawab terhadap 500 jemaah Masjid Al Aqsa yang cedera akibat serangan kejam menggunakan tong gas pemedih mata, peluru getah dan dron selama beberapa hari.

“Terakhir, kami menuntut semua tahanan warga Palestin dibebaskan tanpa syarat,” katanya yang juga menjadi wakil kumpulan tersebut untuk menyampaikan memorandum itu kepada wakil Kedutaan AS.

Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil Melaka, Adly Zahari; ADUN Taman Templer, Mohd Sany Hamzan; mantan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan aktivis politik, Adam Adli.

Sementara itu, Mohamad berkata, sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyatakan pendirian dan sokongan kepada isu berkenaan seperti dilakukan ke atas negara lain sebelum ini.

“Negara Islam ada hubungan baik dengan Israel untuk meredakan tekanan kepada Palestin, tetapi tidak begitu.

“Saya juga menyeru negara Islam berbincang demi menyelesaikan isu ini. Sedangkan negara berhaluan kiri dan Eropah begitu kuat berjuang untuk orang Palestin,” katanya. - Getaran, 29 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan