web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pekerja Asing Terhad, Tolong Benarkan Pelarian, PATI Tampung Kekurangan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2022 3:00PM

Industri perladangan mengalami kerugian lebih RM30 bilion akibat kekurangan pekerja pemetik buah atau penuai. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran khas bagi penggunaan tenaga kerja dalam kalangan pelarian, pekerja asing tanpa izin atau dokumen dan banduan membabitkan kesalahan kecil, harus diberikan untuk menampung kekurangan pekerja asing ketika ini.

Mencadangkan perkara itu, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, kebenaran itu membolehkan golongan terbabit bekerja terus bagi mengisi kekurangan sedia ada, sementara menunggu ketibaan pekerja asing baharu.

Katanya, kekurangan pekerja itu menyebabkan kerugian berbilion ringgit apabila sawit masak tidak dapat dituai untuk dijadikan minyak.

“Industri perladangan misalnya, mengalami kerugian lebih daripada RM30 bilion akibat kekurangan pekerja pemetik buah atau penuai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

“Kekurangan sama dialami beberapa sektor, seperti pembuatan, perkhidmatan runcit pelancongan dan pembinaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Syed Hussain berkata, majikan berdepan masalah kekurangan pekerja asing ketara akibat langkah pembekuan khidmat pekerja asing baharu ketika tempoh pandemik COVID-19 pada 2020 dan 2021, selain penutupan sempadan Malaysia.

Jelasnya, sejak pertengahan Februari lepas, kerajaan bertindak menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing, namun proses permohonan dan kelulusan masih belum lancar dan tiada sebarang pekerja asing baharu dibawa masuk setakat ini.

Beliau berkata, laporan menyatakan terdapat kira-kira 168,000 pelarian yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan lebih 60 peratus daripadanya berpotensi bekerja.

“Dalam kalangan masyarakat perniagaan Malaysia sudah membelanjakan banyak masa dan sumber untuk mengisi kekurangan itu yang terbukti masih belum membuahkan hasil,” katanya.

Menurut Syed Hussain, sejajar dengan peningkatan permintaan dunia terhadap produk dan perkhidmatan Malaysia, sebarang kelewatan adalah kerugian kepada perniagaan serta kerajaan.

“Majikan memerlukan pekerja baharu dengan segera untuk membantu usaha pemulihan perniagaan masing-masing.

“Kita perlu mengenal pasti penyelesaian segera bagi menampung keperluan sehinggalah semua isu berkaitan khidmat pekerja asing ini dapat diselesaikan,” katanya. – Getaran, 29 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar