Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mana Pelan Kecemasan? Keadaan Sekolah Belum Selamat - Pakar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 29 Apr 2022 9:10AM

Kehadiran pelajar ke sekolah kembali diwajibkan seperti sebelum pandemik COVID-19 melanda, kecuali bagi kes tertentu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) disaran memasukkan maklumat berkaitan pelan kecemasan bagi menangani penularan jangkitan baharu COVID-19 di sekolah sebagai sebahagian daripada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, perkara tersebut amat penting bagi memastikan tahap keselamatan semua murid terpelihara.

“Satu perkara tidak disentuh Menteri Kanan Pendidikan (Datuk Dr Mohd Radzi Jidin) ialah pelan kecemasan (emergency plan) jika berlaku situasi, misalnya ada sekolah berhadapan dengan penularan kes jangkitan baharu.

“Apakah pelan kecemasan untuk tindakan pihak sekolah, ibu bapa dan murid-murid? Walaupun kes semakin menurun, mereka yang dijangkiti masih melepasi empat angka. Ini menunjukkan situasi masih belum selamat sepenuhnya,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad

Menurut beliau, setelah genap dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara, impaknya kepada sektor pendidikan amat ketara. 

“Sekolah ditutup lebih 250 hari. PdPR disahkan KPM sebagai kurang berkesan. Ini menyebabkan berlaku keciciran pembelajaran dalam skala yang besar khususnya di kalangan murid-murid miskin di bandar dan di pedalaman. 

“Sebahagian murid hilang motivasi belajar dan memerlukan sokongan emosi yang berterusan untuk satu tempoh masa yang lebih panjang sehingga mereka kembali dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa,” katanya.

Susulan itu, Anuar menggesa data terkini 'baseline' impak pandemik COVID-19 terhadap sektor pendidikan negara dimaklumkan secara terperinci dalam garis panduan tersebut untuk makluman ibu bapa.

“Ini termasuk data keciciran pembelajaran dan data pencapaian pembelajaran murid-murid sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Berdasarkan data-data 'baseline' tersebut, sudah tentu ibu bapa ingin tahu apakah langkah-langkah pemulihan yang akan dilaksanakan KPM apabila sekolah dibuka semua seperti biasa,” katanya.

Malah beliau berkata, lebih membimbangkan ‘nasib’ peranti dan komputer riba yang digunakan murid untuk tujuan PdPR sebelum ini.

“Apakah yang akan berlaku terhadap 150,000 peranti dan komputer riba yang diedarkan kepada murid-murid sebelum ini? Begitu juga dengan pembelian peranti oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka melakukan PdPR? 

“Apakah KPM mempunyai rancangan untuk meneruskan sistem pembelajaran hibrid walaupun kehadiran ke sekolah telah diwajibkan? “ soalnya.

Pada masa sama, Anuar turut khuatir usaha pendigitalan pendidikan akan dipinggirkan dan terkubur selepas sesi persekolahan kembali seperti biasa.

“Di saat sistem pendidikan di negara-negara maju mula mengamalkan pendigitalan pendidikan sepenuhnya dalam sistem persekolahan mereka, apakah agenda pendigitalan pendidikan negara kita bergerak ke arah yang sama pasca pandemik COVID-19? 

“Atau adakah sistem pendidikan negara kita akan kembali ke belakang semula selepas ini?” soalnya.

Walaupun terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap garis panduan tersebut, beliau turut menyambut baik beberapa peraturan tambahan yang dilaksanakan KPM sebaik sahaja sekolah dibuka semula 9 Mei ini.

Antara peraturan tambahan yang akan dilaksanakan termasuklah ujian kendiri terhadap murid yang bergejala selain menggalakkan pemakaian pelitup muka jika berada di luar bangunan dan kawasan terbuka di dalam premis sekolah atau ketika melakukan aktiviti secara berkumpulan. - Getaran, 29 April 202

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Semasa 19 jam yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright