web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Protokol Sambutan Hari Raya Tertakluk Pihak Berkuasa Agama Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2022 3:05PM

Protokol sambutan Hari Raya Masjid dan Surau 2022 yang diumumkan semalam adalah panduan umum dan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Protokol sambutan Hari Raya Masjid dan Surau 2022 yang diumumkan kerajaan semalam adalah panduan umum dan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Protokol sambutan itu antara lain membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dan jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka.

Turut dibenarkan ialah takbir hari raya di masjid, surau dan rumah ke rumah serta jamuan selepas solat dengan sentiasa memakai pelitup muka, program ziarah iaitu aktiviti kunjung-mengunjung, ziarah tanah perkuburan dan mengadakan rumah terbuka atau majlis hari raya.

Idris dalam kenyataan hari ini berkata sebagai kawalan penularan jangkitan, individu positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid, surau, rumah terbuka dan majlis hari raya, manakala individu bergejala pula tidak digalakkan menyertai sebarang aktiviti itu.

Jemaah juga digalakkan berwuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri serta masuk mengikut giliran untuk mengelakkan kesesakan, katanya.

“Saya mengharapkan dengan panduan ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut seluruh umat Islam di Malaysia akan menjadi hari yang mengikat dan memperkukuhkan persaudaraan sesama kita," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan