web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


200 KIR Terima Baucar Persiapan Aidilfitri RM500

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 9:15PM

Foong Hin (kanan) menyampaikan baucer basmi kemiskinan rakyat di Kota Kinabalu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seramai 200 ketua isi rumah (KIR) menerima baucar membeli belah ‘basmi kemiskinan rakyat’ bernilai RM100,000 menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata, baucar bernilai RM500 setiap satu itu bertujuan meringankan beban golongan sasar dalam usaha membantu mereka membuat persiapan hari raya yang akan diraikan minggu depan.

“Sebaik menerima dana untuk kawasan parlimen fasa dua, saya menerusi Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Kota Kinabalu segera melakukan pengagihan baucar selaras dengan garis panduan ditetapkan Jabatan Perdana Menteri.

“Pihak kami mengambil pendekatan berbeza tahun ini apabila sumbangan diberikan dalam bentuk baucar membeli belah berbanding bakul makanan seperti sebelumnya,” katanya.

Langkah itu jelas beliau, membolehkan penerima membeli barangan mengikut keperluan masing-masing.

Foong Hin berkata, KIR terpilih menerima baucar adalah mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih dengan pendapatan bulanan kurang RM1,000.

“Bantuan akan diberikan kepada penerima secara berperingkat menerusi kaedah ziarah dari rumah ke rumah.

“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban penerima sekali gus memberi keceriaan kepada mereka menjelang musim perayaan,” katanya. - Getaran, 27 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sambutan Aidilfitri MADANI Peringkat Kebangsaan Di Kota Kinabalu Sabtu Ini

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan