Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Najib Tidak Disoal Berhubung Tujuan Pemberian Cek Bernilai RM9.5 Juta Kepada Shafee - Saksi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2022 3:55PM

Muhammad Shafee kelihatan keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak menyoal Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tujuan pemberian dua keping cek bernilai RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 2013 dan 2014.

Mohamad Farid Jabar, 37, berkata beliau juga tidak berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu bagi mengesahkan mengenai pemberian dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta yang dikeluarkan Najib sendiri ke atas nama tertuduh (Muhammad Shafee) pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian ketika disoal balas peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee, 70, pada perbicaraan kes peguam veteran itu yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz sama ada saksi memperoleh apa-apa invois berhubung pembayaran RM9.5 juta itu, Mohamad Farid menjawab ‘Tiada’.

Pada prosiding lepas, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa RM9.5 juta itu merupakan bayaran bagi khidmat nasihat guaman yang diberikan tertuduh kepada Najib, parti dan perdana menteri sebelum ini kerana beliau telah memberikan khidmat guaman kepada klien daripada Barisan Nasional atau UMNO untuk 46 fail petisyen pilihan raya dari 2004 dan 2006.

Pada prosiding hari ini, Mohamad Farid berkata beliau tidak pernah bertanya atau mengeluarkan notis kepada Tetuan Shafee & Co untuk mengemukakan invois berhubung pembayaran RM9.5 juta itu.

Mohamad Farid, saksi pendakwaan terakhir turut mengaku bahawa beliau tidak melakukan sebarang penyiasatan ke atas fail-fail guaman di tetuan berkenaan serta tidak mengambil sebarang keterangan dari mana-mana anak guam Muhammad Shafee.

Harvinderjit: Adakah kamu diberitahu bahawa cek bernilai RM9.5 juta yang dikeluarkan Najib kepada Muhammad Shafee adalah kerana tertuduh (Muhammad Shafee) bertindak sebagai TPR dalam kes rayuan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Saksi menjawab ‘Tidak’.

Pada 11 Mac 2015, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Muhammad Shafee menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai TPR dalam kes Anwar.

Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 12 Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Ops Samba 2.0: Ketirisan Akibat Penyeludupan Di Kargo, KLIA Cecah RM2 Bilion - SPRM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Lantang Perjuang Palestin, Tapi UM Jemput Penyokong Zionis?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran