web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Dipenjara 15 Tahun, Tetak 4 Ahli Keluarga

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 4:19PM

Mohd Adi Hashim dihukum penjara 15 tahun dengan 8 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Seorang pemandu lori dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap empat ahli keluarganya dengan menggunakan parang panjang.

Hakim Norsiah Ujang menjatuhkan hukuman itu  ke atas Mohd Hadi Hashim, 38, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 20 April lepas.

Bagi keempat-empat pertuduhan, Mohd Hadi didakwa mendatangkan cedera parah terhadap ibu mentuanya, Puasa Yasik, 57, isterinya Norwahida Rosli, 33; adik ipar perempuan, Norwadiha Rosli, 32; dan adik ipar lelaki, Mohamad Amirul Iskandar Kamaruzaman, 16.

Dia dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Siakap 5, Kampung Sedili Kecil, di sini kira-kira 7.45 malam, pada 14 April lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326 (A) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau boleh dikenakan sebat dan boleh dijatuhi hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, tertuduh telah mencederakan ibu mentuanya terlebih dahulu dengan menekup muka mangsa lalu bertindak mengambil parang panjang berukuran 79 sentimeter (cm) dan menetak kepala mangsa.

Tertuduh kemudian menyerang adik ipar perempuan yang cuba menolong ibunya, seterusnya menyerang adik ipar lelakinya yang ketika itu cuba menghubungi pihak berkuasa serta isterinya yang bersembunyi di dalam bilik sebelum bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta.

Terdahulu peguam Nurshuhadah Mahzan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili Mohd Hadi memaklumkan kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada  tertuduh yang hilang pertimbangan kerana sering diasak ibu mentua berkaitan dengan wang berjumlah RM4,000.

"Akibat daripada keletihan kerana baru pulang bekerja, tertuduh telah bertindak sedemikian yang merupakan perkara yang telah disesalinya sebelum menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai pada 20 April," katanya yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dan berjalan serentak ke atas anak guamnya.

 Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi memohon hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana perbuatannya itu melibatkan nyawa, selain faktor kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi tertuduh.

“Tertuduh mendatangkan kecederaan parah terhadap keempat-mangsa mangsa yang kesemuanya ahli keluarga tertuduh dengan sebilah parang panjang berukuran 79cm dan hal ini boleh mendatangkan kematian," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad