web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gempa Bumi, Gegaran Dirasai Di Gunung Kinabalu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 2:40PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Gegaran akibat gempa bumi lemah dengan magnitud 3.7 pada skala Richter pada 9.28 pagi tadi bukan sahaja dirasai di sekitar Kundasang di sini, tetapi turut dirasai di Gunung Kinabalu.

Malim gunung, Joeythine Musin, 29, berkata beliau bersama beberapa pendaki sedang mula turun dari Gunung Kinabalu pagi ini apabila tiba-tiba mereka merasai gegaran sekitar beberapa saat.

Beliau berkata gegaran itu tidak menyebabkan kejadian tidak diingini seperti runtuhan batu-batu di gunung itu.

“Ya ada pendaki sama saya di sini. Atas gunung (Gunung Kinabalu) pun ada rasa (gegaran juga) tapi tiada batu jatuh, rasa macam biasa saja dia orang (pendaki) bilang tadi,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Sementara itu, Ketua Stesen substesen Panalaban, Taman Kinabalu, Julaimin Kamin berkata keadaan terkawal di check point Sayat-Sayat dan Kompleks Panalaban di Gunung Kinabalu dan tiada situasi kecemasan berlaku akibat gemba bumi itu. 

"Seramai 104 orang dijadual mendaki Gunung Kinabalu hari ini, manakala semalam seramai 110 orang mendaki gunung itu," katanya.

Seorang peniaga barangan bundle di Kundasang di sini Nordiana Zuhaidi, 34, berkata beliau merasai gegaran itu yang berlaku dalam masa amat singkat apabila berada di kedainya di sini pagi tadi.

“Dalam beberapa saat sahaja (gegaran) terperanjat juga tetapi saya tidak panik, selepas itu periksa kedai dan kawasan sekitar semua baik. Telefon juga bomba dan mereka kata semua baik, syukur tiada apa-apa,” katanya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah berkata sehingga kini tiada panggilan kecemasan diterima daripada penduduk mengenai kejadian tersebut.

“Gegaran memang dirasai akibat gempa bumi tadi, jadi penduduk dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad