web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rusuhan Pelarian Rohingya, Kerajaan Digesa Tubuh Badan Bebas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 3:34PM

Seramai 528 tahanan pelarian etnik Rohingya di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap telah merusuh dan melarikan diri, Rabu lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa kerajaan menubuhkan badan bebas tanpa pembabitan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyiasat isu rusuhan di Depot Tahanan Sementara Imigresen, di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, kerajaan turut digesa memberi kebenaran kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk mengeluarkan kad kepada semua pelarian Rohingya, terutama yang terlibat dengan rusuhan tersebut.

Beliau berkata, program penempatan semula UNCHR itu dicadangkan untuk mengutamakan pelarian Rohingya dalam aspirasi ke arah penyelesaian jangka panjang bagi membentuk penempatan semula di negara ketiga.

“Selain itu, SUHAKAM juga menggesa kerajaan untuk tidak menghukum pelarian Rohingya yang ditahan semula atau menimbulkan ketakutan dan kebencian dalam kalangan penduduk tempatan di Relau terhadap pelarian yang masih bebas.

“Kejadian juga melibatkan kanak-kanak Rohingya dalam projek rintis alternatif kepada penahanan kerana mereka ini mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang lebih selamat dan kondusif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya amat dukacita dengan laporan berhubung kematian enam pelarian Rohingya termasuk dua kanak-kanak akibat dirempuh kereta ketika cuba menyeberangi lebuh raya pada 20 April lalu.

Menurutnya, pelarian Rohingya di Malaysia tidak boleh dihantar pulang ke Myanmar kerana peruntukan di bawah undang-undang adat antarabangsa, prinsip non-refoulement memberi jaminan bahawa tiada sesiapa harus dihantar pulang ke negara asal jika ditindas.

“Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 tetapi Malaysia merupakan sebuah negara berpihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC).

“Perkara 22 CRC menyatakan bahawa negara harus memastikan kanak-kanak yang mencari status pelarian atau disahkan pelarian diberikan perlindungan dan bantuan kemanusiaan sewajarnya,” katanya.

Menurut beliau lagi, kanak-kanak pencari suaka atau yang telah diberikan status pelarian berhak mendapat hak mereka di bawah empat prinsip utama CRC.

“Mereka tidak boleh didiskriminasi, perlu dilayan dengan kemanusiaan dan rasa hormat, suara mereka harus didengari dan kepentingan terbaik golongan itu harus diberi keutamaan,” katanya. – Getaran, 25 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad