Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AlifBee, Aplikasi Mudahkan Penguasaan Bahasa Arab

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 8:43PM

Ariffin (tiga dari kanan) bersama wakil lima rakan strategik KOSAPE yang bersedia bekerjasama membawa AlifBee kepada rakyat Malaysia untuk membantu menguasai bahasa Arab.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pada masa ini, bahasa Arab dituturkan kira-kira 300 juta orang di seluruh dunia dan disenaraikan sebagai bahasa kelima paling popular selepas Mandarin, Sepanyol, Inggeris serta Hindi.

Bahasa Arab juga menjadi bahasa rasmi umat Islam, khususnya di rantau Arab dan dengan lebih daripada dua bilion penganutnya di seluruh dunia, ia meletakkan agama itu kedua terbesar, di belakang Kristian.

Penguasaan bahasa Arab yang juga bahasa Al-Quran itu membuka pintu untuk seseorang benar-benar memahami huruf, roh kitab suci dan ajaran Islam, selain sejarah serta budaya Arab.

Kepentingan dan keistimewaan tersebut mendorong Koperasi Sahabat Pesara Selangor Berhad (KOSAPE) serta ALIFBEE, iaitu syarikat berpangkalan di Kanada yang bermatlamat membangun dan memasarkan aplikasi belajar bahasa Arab dikenali AlifBee, menjalin kerjasama untuk membawa teknologi berkenaan ke Malaysia.

Menerusi kolaborasi itu, KOSAPE dilantik sebagai ejen eksklusif atau ejen tunggal bagi Malaysia dan Asia Tenggara untuk memasarkan AlifBee di pasaran tempatan dengan harga jualan kompetetif, berbanding harga di platform muat turun aplikasi.

Pengerusi KOSAPE, Ariffin Mamat berkata, AlifBee adalah alat pembelajaran bahasa Arab yang menyeronokkan dan memudahkan individu mempelajari bahasa itu, seterusnya menyebarkan ia secara lebih meluas dalam kalangan rakyat tempatan.

Katanya, aplikasi bertemakan ‘AlifBee di hati semua rakyat Malaysia’ itu dapat membantu segelintir individu yang sudah mempelajari bahasa berkenaan melalui kaedah tertentu, tetapi masih gagal menguasainya.

Menerusi penggunaan aplikasi AlifBee, jelasnya, individu boleh mempelajari bahasa itu ‘di hujung jari’, di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan lebih pantas sehingga mahir, walaupun mereka bermula tanpa sebarang asas.

“Setahun lalu ketika saya bercuti sempena Ramadan dan Aidilfitri di Malaysia, saya mula mengetahui mengenai AlifBee apabila pasukan di syarikat tempat saya bekerja di Arab Saudi, iaitu Kumpulan Akuakultur Nasional (NAQUA), membeli lesen ALIFBEE untuk membolehkan pekerja belajar bahasa Arab.

“Terdapat 32 warganegara di NAQUA dengan 80 peratus daripada 4,000 pekerja adalah ekspatriat yang menyaksikan ramai antara mereka mahu belajar bahasa Arab. Syarikat itu menganjurkan kelas bahasa dikendalikan guru, namun ia tidak selalu praktikal untuk mengadakan sesi bersemuka, terutama ketika COVID-19 yang menghentikan sama sekali pengajaran bilik darjah.

Ariffin berucap pada Acara Pelancaran Aplikasi AlifBee sertas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama ALIFBEE dan KOSAPE di IKMa, Kuala Lumpur, semalam.
Ariffin berucap pada Acara Pelancaran Aplikasi AlifBee sertas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama ALIFBEE dan KOSAPE di IKMa, Kuala Lumpur, semalam.

“Justeru, AlifBee diperkenalkan dan menjadi penyelesaian praktikal yang popular. Pekerja boleh belajar sendiri dengan cepat.

“Apabila saya dipilih sebagai Pengerusi KOSAPE pada Disember 2021, saya segera mencetuskan idea membawa masuk aplikasi ini ke Malaysia untuk perbincangan dengan Lembaga KOSAPE yang akhirnya menyaksikan visi terbabit terlaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Acara Pelancaran Aplikasi AlifBee serta Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama ALIFBEE dan KOSAPE di Institut Koperasi Malaysia (IKMa) di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi ALIFBEE, Dr Ziyad Othman.

Acara berkenaan turut menyaksikan Ariffin bertukar dokuman perjanjian ditandatangani antara KOSAPE dan wakil lima rakan strategik yang bersedia berganding bahu membawa AlifBee kepada seluruh rakyat Malaysia, bertujuan membolehkan individu berminat mempelajari bahasa berkenaan untuk berbuat demikian secara berterusan sehingga mahir.

Rakan strategik itu adalah Koperasi Kakitangan Institut Koperasi Malaysia Berhad (KoIKMa), Kojid Preneur Sdn Bhd dan Koperasi Usahanita Selangor Berhad (KUSB), Madrasah Al Ittihad, Taman Setia, Selangor (Al Ittihad) dan Institut Tahfiz Al Quran (ItaQ).

Menurut Ariffin, model perniagaan dicipta KOSAPE adalah berdasarkan perkongsian hasil dengan rakan strategik, iaitu pihak berkenaan akan memperoleh sehingga 18 peratus daripada hasil dijana menerusi langganan.

Pada masa sama, beliau berkata, pembelajaran bahasa Arab menggunakan aplikasi AlifBee, cukup berkesan apabila sejak dilancarkan pada akhir 2021, ia dimuat turun lebih satu juta pengguna di seluruh dunia dan kini menyasarkan 100 juta peserta di peringkat global.

“AlifBee sudah digunakan di lebih 185 lokasi di seluruh dunia dengan seramai 400 ribu peserta belajar menerusi aplikasi ini dan mencapai tahap penguasaan cekap.

“Aplikasi ini diiktiraf Pearson, iaitu badan akreditasi akademik di United Kingdom, menjadi aplikasi terbaik dari 13 aplikasi pembelajaran bahasa Arab dan membantu individu mudah faham serta menghayati Al-Quran,” katanya.

Jelasnya, KOSAPE menyasarkan 5,000 pengguna AlifBee pada tahun pertama pengenalannya di Malaysia dan menetapkan sasaran pertumbuhan pesat untuk mencapai 3,000,000 pengguna mengikut tahun kelima.

“KOSAPE membawakan AlifBee kepada rakyat Malaysia dengan yuran langganan sangat berpatutan, iaitu RM150 untuk langganan setahun, RM45 suku tahunan atau RM15 bulanan dengan menawarkan lebih daripada lima puluh peratus diskaun apabila dimuat turun daripada Apple Store atau Google Play,” katanya.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, aplikasi terbabit mengandungi sebanyak 217 modul pembelajaran dengan setiap sesi mengandungi kosa kata, tatabahasa berserta contoh, gubahan, dialog dan bahan bacaan.

“Pembelajaran interaktif berasaskan mendengar, menulis, membaca dan bercakap juga ditawar yang tidak membosankan.

“Kaedah pembelajaran berulang turut diadakan untuk mengukuhkan kefahaman atas konsep ‘berlatih membuatkan seseorang sempurna’. Individu juga akan seronok dengan aktiviti pengukuhan yang interaktif termasuk kuiz,” katanya.

Selain itu, Ariffin berkata, KOSAPE mengalu-alukan lebih banyak pihak untuk menjadi rakan kongsi strategik syarikat itu, seperti sekolah dan koperasi sekolah, sekolah dan pusat pembelajaran Al-Quran, pusat pembelajaran awal kanak-kanak, guru Bahasa Arab, entiti kerajaan, entiti komersial yang mahu pekerja belajar bahasa Arab serta entiti komersial (bersedia menaja aplikasi sebagai perkhidmatan sosial).

“Produk AlifBee sesuai untuk pendidik, guru dan individu yang lebih suka pengalaman pembelajaran kendiri.

“AlifBee adalah antara aplikasi terbaik untuk belajar bahasa Arab, tidak kira tahap kemahiran anda.

“Sekiranya anda tidak pasti mengenai tahap bahasa Arab anda, anda boleh mengambil ujian penilaian kendiri dan platform akan mencadangkan tahap sepadan dengan keperluan pembelajaran unik anda,” katanya. - Getaran, 24 April 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji

Semasa 1 hari yang lalu

Hantaran Isu Kasino Forest City, Chegu Bard Ditahan Polis

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Tanpa Identiti Ditemukan Terapung Di Sungai Linggi