web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elak Kesesakan, Sila Patuhi Waktu Perjalanan Balik Kampung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 3:49PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) disaran mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar bagi mengurangkan kesesakan sempena perayaan Adilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, TTA direka berdasarkan pola perjalanan trafik musim perayaan untuk mengagihkan kenderaan memasuki lebuh raya secara serentak di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekali gus mengurangkan kesesakan.

Katanya, dianggarkan lebih dua juta kenderaan akan melakukan perjalanan sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

“Ini adalah kali pertama selepas dua tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri, justeru kami menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding 1.6 juta kenderaan sehari.

“Oleh itu, sila jangkakan kesesakan dan ia mungkin memanjangkan tempoh perjalanan anda. Jadi, kami menggesa dan menasihatkan pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan TTA yang dikeluarkan bagi merancang perjalanan Balik Kampung dan Pulang Ke Bandar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Selain mematuhi jadual TTA, Zakaria berkata, pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik.

Bagi perjalanan dari Lembah Klang untuk balik kampung beraya pada 29 April hingga 2 Mei ini menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara) dan Johor, pengguna dinasihatkan memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau ke negeri-negeri lain pula dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 petang.

Bagi perjalanan pulang ke bandar bagi kembali ke Lembah Klang pada 5 hingga 9 Mei dari  Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Utara), Johor dan lain-lain negeri, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

Menurut Zakaria, berdasarkan kajian perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pengguna lebuh raya dijangka mengalami tempoh perjalanan yang lebih panjang sekiranya mereka memilih untuk tidak mematuhi jadual TTA.

“Bagi pengguna lebuh raya dari Utara ke Lembah Klang, mereka dijangka mengalami tempoh perjalanan sehingga 10 jam atau dua kali lebih panjang daripada purata tempoh perjalanan sekiranya memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.

“Manakala, tempoh perjalanan dari Selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga tujuh jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan, sekiranya memasuki lebuh raya pada masa sama iaitu selepas jam 9 pagi,” katanya.

Pada masa sama, PLUS turut menasihatkan pengguna supaya mematuhi peraturan lalu lintas, memandu dengan berhemah dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik supaya selamat sampai ke destinasi.

Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Twitter @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara. - Getaran, 24 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Di PLUS Mulai Meningkat Menjelang Tahun Baharu Cina Esok

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad