Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tangani Kenaikan Harga Ayam, Selangor Negeri Pertama Pelopor Tanaman Jagung

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2022 1:54PM

Ir Izham Hashim melawat Pasar Tani Seksyen 13 Shah Alam hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor bakal menjadi negeri pertama yang mempelopori penanaman jagung untuk makanan ayam sebagai langkah proaktif bagi menangani isu kenaikan harga bekalan ayam di pasaran.

 Justeru, sebanyak RM3 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi melaksanakan projek intervensi harga bekalan makanan ayam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, bagi merealisasikan program tersebut kerajaan negeri akan menjadikan tanah seluas  300 ekar di lokasi yang akan diumumkan kelak sebagai kawasan penanaman jagung berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada kerajaan Negeri Sembilan yang turut menyediakan tanah seluas 400 ekar bagi menjayakan program terbabit.

“Berdasarkan pemerhatian kami, punca peningkatan harga ayam di pasaran adalah disebabkan kenaikan harga makanan ayam yang diimport dari luar negara.

“Sebagai contoh, pada dua tahun lalu, harga makanan ayam diimport pada kadar RM1,000 untuk setiap tan, namun sekarang harganya meningkat kepada RM2,600 setan, jadi ia secara langsung menyumbang kepada kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat Pasar Tani Seksyen 13, di sini, hari ini.

Menurut Izham, jagung merupakan komponen penting kepada pembuatan makanan ayam, justeru penglibatan dalam sektor tersebut diharapkan mampu menstabilkan harga produk berkaitan, sekali gus menurunkannya pada kadar bersesuaian.

“Perkara ini tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana berdasarkan ujian yang kita jalankan di tanah seluas 100 ekar di Sungai Tengi, harga kos boleh diturunkan kepada RM500 setan,” katanya.

Izham berkata, PKPS sudah mengenal pasti syarikat swasta yang berpengalaman dalam industri penanaman jagung tersebut untuk melaksanakan program berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berjaya menghasilkan makanan alternatif ayam berkualiti tinggi.

“Mereka telah melaksanakannya selama dua tahun di Kedah dan ia satu projek yang berjaya kerana ayamnya lebih sedap dan cepat gemuk (membesar).

“Kosnya juga lebih murah namun tidak menjejaskan kualiti. Jadi kita mahu bawanya ke Selangor dalam usaha kita menurunkan harga ayam di pasaran,” katanya.

Jelas Izham, perkara itu dijangka dapat dilaksanakan di negeri terbabit tahun depan. - Getaran, 24 April 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Semasa 3 jam yang lalu

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun