Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PLUS Kerah 1,500 Pekerja Demi Kelancaran Trafik Sempena Aidilfitri 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 9:30PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,500 Pembantu Khidmat Pelanggan (CSA) akan ditempatkan di setiap plaza tol milik PLUS Malaysia Berhad (PLUS) demi melancarkan aliran trafik yang dijangka sesak mulai 29 April hingga 9 Mei nanti.

Perkara ini dilaksanakan syarikat konsesi terbabit bagi membantu pelanggan yang menghadapi masalah transaksi tol ketika pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

Ketua  Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya turut menggerakkan pekerja dari ibu pejabat sebagai kakitangan sokongan untuk membantu melancarkan kesesakan di plaza tol utama seluruh negara.

Menurut beliau, inisiatif tersebut dilaksanakan demi meminimunkan kesesakan di 1,100 lorong yang terdapat pada 94 plaza tol di sepanjang lebuh raya itu. 

"Pekerja kita juga akan memastikan kelancaran perjalanan dan memberi keselesaan sebaik mungkin di kawasan Rehat dan Rawatnya (R&R). 

"Ini bagi menampung keperluan dua juta kenderaan yang akan melakukan perjalanan pulang ke kampung setiap hari sepanjang tempoh terbabit," katanya, hari ini. 

Dalam pada itu, Zakaria menasihatkan orang ramai agar memastikan baki e-Wallet (bagi transaksi RFID) dan baki kad Touch ‘n Go sentiasa mencukupi untuk setiap perjalanan yang telah dirancang. 

Pada ketika ini, beliau memaklumkan terdapat lebih daripada 11,000 pusat tambah nilai kad Touch ‘n Go disediakan di seluruh negara 

"Pusat tambah nilai itu termasuk di lebuh raya, mesin ATM, stesen-stesen minyak terpilih, kedai serbaneka serta lain-lain lokasi di luar ekosistem lebuh raya. Jumlah itu juga terdapat pada 67 Kiosk Layan Diri (SSK) di plaza-plaza tol terpilih.

"Selain itu, terdapat 22 kaunter Touch ‘n Go Spot di stesen minyak terpilih sepanjang lebuh raya untuk membolehkan pelanggan membuat tambah nilai kad Touch ’n Go tanpa dikenakan sebarang caj tambahan," katanya. 

Tambah Zakaria, terdapat tiga mod bayaran tol yang disediakan di plaza tol iaitu kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan terbaharu, RFID sebagai pilihan tambahan kepada mod pembayaran yang sedia ada. 

Lantaran itu, beliau menggesa agar pengguna menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya.

"Sebagai contoh, sekiranya pelanggan menggunakan mod RFID ketika masuk ke lebuh raya melalui Plaza Tol Jalan Duta, mereka juga mestilah keluar dari lebuh raya melalui lorong RFID. 

"Perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol dan memberi kesan kepada perjalanan orang lain," katanya. 

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk menjangkakan masa perjalanan mereka ke destinasi tahun ini menjadi lebih panjang berbanding sebelum, ketika negara berada pada kemuncak wabak COVID-19. 

PLUS katanya, meramalkan kemungkinan berlaku kesesakan akibat jumlah kenderaan yang tinggi di jalan raya,

"Namun, anda boleh merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan Aplikasi PLUS dan juga ikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. 

"Orang ramai juga boleh menggunakan Waze dan Google Map untuk jangkaan pelan laluan perjalanan,” katanya. - Getaran, 23 April 2022.

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan