web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Khas Kabinet Ditubuh Lindungi Golongan Rentan - PM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 4:13PM

Ismail Sabri (dua, kanan) menyampaikan cenderahati kepada Bella ketika melakukan lawatan di rumah kebajikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Negeri Sembilan, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Jawatankuasa Khas Kabinet Melindungi Golongan Rentan ditubuhkan bagi melindungi kebajikan golongan rentan khususnya kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), wanita dan warga emas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikannya sendiri itu dianggotai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Pendidikan (KPM); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Kesihatan (KKM); Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Katanya jawatankuasa itu akan memastikan  semua pusat jagaan yang beroperasi diurus mengikut prosedur dan peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.

“Dalam hal yang sama, jawatankuasa ini juga akan melihat operasi institusi pengajian agama seperti pusat tahfiz yang tidak berdaftar dan yang tidak diurus dengan baik,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu Ismail Sabri melawat remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella di Rumah Kebajikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini.

Turut hadir Menteri KPWKM Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Dalam lawatannya itu Ismail Sabri berkata Bella dalam keadaan baik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh menguruskan dirinya sendiri dengan baik.

“Pada hari ini saya berpeluang untuk berjumpa dengan adik Bella di tempat yang selamat di bawah jagaan JKM, Bella ditempatkan di sini sejak 5 Julai tahun lepas.

“Dalam pemerhatian saya tadi, saya dapati emosi Bella dalam keadaan normal, tiada lagi gangguan emosi seperti ketika dia mula masuk ke sini. Malah kecederaan, luka dan sebagainya telah pulih,” katanya.

Ismail Sabri berkata Bella juga membawanya melawat bilik dorm di pusat jagaan itu serta memperkenal rakan-rakannya.

Ismail Sabri berkata kerajaan memandang serius kejadian yang menimpa Bella yang didakwa didera dan diabaikan sejak tahun 2020.

“Kes anak istimewa ini sedang dibicarakan di mahkamah dan semua pihak perlu menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Kejadian yang menimpa adik Bella ini merupakan salah satu daripada beberapa kes yang berlaku tetapi tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri turut menasihatkan seluruh rakyat yang mengikuti perkembangan Bella agar memberi kepercayaan penuh kepada mahkamah untuk membuat penentuan dalam kes melibatkan remaja itu.

“Dalam kes Bella ini perkara ini telah dibawa ke mahkamah, oleh itu adalah sub judice kalau dibincangkan perkara itu secara terbuka, kita serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Kalau kita terlampau memberi komen, kita boleh dianggap sebagai mengganggu perjalanan perbicaraan mahkamah dan dianggap sub judice,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata setakat ini terdapat 1,898 pusat jagaan berdaftar di bawah JKM dan daripada jumlah itu 1,255 adalah Pusat Jagaan Kanak-Kanak, Pusat Jagaan OKU (202), Pusat Jagaan Warga Emas (383), Pusat Jagaan Wanita (10) dan pelbagai (48).

Katanya kerajaan turut mengesan terdapat 1,025 pusat jagaan yang beroperasi tanpa mendapat kelulusan perakuan pendaftaran JKM.

Selain itu sebanyak 4,384 institusi pengajian agama yang berdaftar di seluruh negara termasuk 1,208 maahad tahfiz swasta dan 272 sekolah pondok dan madrasah.

“Bagaimanapun dilaporkan terdapat lebih 1,000 institusi pengajian agama termasuk pusat-pusat tahfiz tidak berdaftar dengan pihak berkuasa agama kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri,” katanya.

Ismail Sabri berkata kerajaan tidak mahu insiden kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 14 September 2017 dan kejadian kebakaran di Sekolah Agama Rakyat Taufiqiah Al-Khairiah Al-Halimiah, di Kampung Padang Lumut, Yan, Kedah, yang mengorbankan 27 pelajar perempuan pada 1989, berulang.

“Bagi membendung kes penderaan dan kecuaian yang melibatkan golongan rentan ini, kerajaan menyeru seluruh Keluarga Malaysia agar lebih prihatin dan mengamalkan sikap ambil peduli dengan melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad