web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Kenal Pasti Dalang Kes Ratusan Rohingya Lari Dari Depot Imigresen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 5:09PM

Dua orang etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap berjaya ditahan sepasukan anggota Polis D7 di Sungai Rembai Relau. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR BAHARU - Polis sudah mengenal pasti dalang utama yang disyaki mencetuskan insiden ratusan tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G. Suresh Kumar berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu merupakan tahanan di depot berkenaan dan dipercayai tahanan lama.

“Kami percaya lelaki ini menjadi ‘kepala’ yang mungkin mengapi-apikan sentimen untuk bertindak.

“Lelaki ini masih bebas dan usaha mengesan masih diteruskan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu di sini, hari ini.

Suresh berkata siasatan masih diteruskan dan setakat semalam, seramai 200 tahanan Rohingya disoal siasat.

Beliau berkata lebih 20 anggota daripada Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas ketika kejadian dipanggil hari ini untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.

“Hasil soal siasat setakat ini, kami mendapati mereka ini (tahanan) melarikan diri kerana ingin bebas dan tidak menjurus kepada sikap tidak puas hati terhadap sistem pengurusan,” katanya.

Mohd Akmal Hizam Abd Khupur - Gambar Bernama
Mohd Akmal Hizam Abd Khupur - Gambar Bernama

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Mohd Akmal Hizam Abd Khupur memberi jaminan kawasan itu selamat walaupun berlaku insiden ratusan etnik Rohingya yang lari dari depot tahanan, awal pagi semalam.

Beliau berkata 14 pasukan polis dengan kekuatan lebih 350 anggota termasuk Pasukan Gerakan Am digerakkan untuk mencari saki-baki tahanan yang masih bebas.

“Buat masa ini kami menumpukan pekan Bandar Baharu, Relau dan Lubok Buntar dengan masing-masing merangkumi dua kilometer radius pencarian.

“Mereka ini (tahanan) ada yang kita jumpa di tepi jalan dan dipercayai ada yang masih bersembunyi di kawasan semak tanpa arah tujuan,” katanya.

Mohd Akmal Hizam turut menasihatkan penduduk untuk tidak bertindak bersendirian sekiranya berhadapan dengan tahanan itu dan melaporkan kepada anggota di balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kejadian awal pagi Rabu, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, melarikan diri.

Setakat ini, seramai 130 tahanan iaitu 99 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan belum dijumpai. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan