Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Naik Sedikit, 31 Kategori Serius

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2022 1:00PM

Sebanyak 63 kes membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan telah dilaporkan semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes harian COVID-19 meningkat sedikit dengan 6,968 jangkitan baharu dilaporkan semalam, berbanding 6,069 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan kini meningkat kepada 4,409,202 kes.

Katanya, jumlah direkodkan itu membabitkan 6,936 kes tempatan dengan 32 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Sebahagian besar kes masih melibatkan pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan, dengan jumlah 4,083 kes atau bersamaan 58.60 peratus. Sebanyak 2,854 kes pula berada dalam kategori 1 atau tidak bergejala.

“Sebanyak 11 kes iaitu 0.16 peratus pula berada dalam kategori 3, kategori 4 (8) serta kategori 5 (12),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 31 kes COVID-19 mencakupi kategori 3, 4 dan 5 dilaporkan semalam, empat kes, iaitu 12.9 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan tersebut.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 15 kes sudah menerima dua dos vaksin, manakala 12 kes membabitkan individu sudah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 15 kes berumur 60 tahun ke atas, 19 kes mempunyai komorbiditi, manakala tiada kes membabitkan ibu hamil,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 16 kematian baharu direkodkan semalam dengan lapan kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu, katanya, menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 35,465 dengan 7,505 daripadanya adalah kes BID.

“Pulau Pinang mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu empat kes, Kedah dan Perak (masing-masing tiga), Johor dan Selangor (masing-masing dua) serta Sabah dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

“Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat empat pertambahan kluster baharu semalam dan setakat ini, 106 kluster masih aktif. 

Tegasnya, perkembangan itu secara keseluruhannya menjadikan sehingga kini, sebanyak 6,999 kluster direkodkan di Malaysia sejak wabak berkenaan dikesan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, bagi kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), setakat ini sebanyak 97 kes dicatatkan, iaitu 58 daripadanya disahkan dijangkiti COVID-19.

“Sebanyak 63 kes lagi membabitkan pesakit dalam ICU yang memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat 8,267 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,283,013 kes. - Getaran, 21 April 2022
 

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Untuk Hargai Penjawat Awam Termasuk Bomba - PM

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Semasa 19 jam yang lalu

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Mampu Dilaksana Menerusi Kawalan Pengurusan Kewangan Kerajaan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Status Agama Islam: Mahkamah Tolak Rayuan Wanita