web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19, Penggunaan Katil ICU, Bukan ICU Catat Penurunan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 4:02PM

Gambar hiasan - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada negeri dan wilayah menunjukkan penggunaan kapasiti katil melebihi 50 peratus membabitkan pesakit COVID-19 bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU), semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan kapasiti katil bagi pesakit bukan ICU juga menyaksikan tiada negeri mencatatkan penggunaan melepasi 50 peratus.

“Bagi penggunaan kapasiti katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), hanya satu negeri, iaitu Perak menunjukkan peratusan pada kadar 58 peratus.

“Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan kepada 76, dengan peratusan penggunaan sebanyak 10 peratus,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, sebanyak 241 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, membabitkan 135 atau 56 peratus pesakit kategori 1 dan 2, manakala 106 bagi kategori 3, 4 serta 5.

Menurut Dr Noor Hisham, lebih separuh atau 3,813 daripada 6,623 kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, merangkumi pesakit kategori 2, iaitu mengalami gejala ringan atau sederhana.

Angka itu membabitkan sebanyak 57.58 peratus daripada keseluruhan kes baharu berkenaan.

Katanya, sebanyak 2,768 kes pula membabitkan pesakit kategori 1.

“Sebanyak 15 kes berada dalam kategori 3, manakala kategori 4 (8) dan kategori 5 (19),” katanya.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, daripada 42 kes COVID-19 membabitkan kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan, 11 kes atau 26.19 peratus tidak divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan suntikan itu.

Katanya, 14 kes atau 33.33 peratus sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, tetapi belum disuntik dos penggalak, manakala 17 kes (40.48 peratus) membabitkan individu selesai mendapatkan dos penggalak.

“Sejumlah 25 kes atau 59.52 peratus adalah dalam kalangan individu berumur 60 tahun dan ke atas, manakala lagi iaitu 23 kes (54.76 peratus) mempunyai komorbiditi,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, lapan kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan dengan 120 daripadanya masih aktif.

“Kluster baharu itu menjadikan sebanyak 6,990 kluster direkodkan di negara ini sejak pandemik berkenaan dikesan.” - Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad