web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bakar Al-Quran Tindakan Melampau - Idris Ahmad

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 1:35PM

Idris Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pemimpin politik Sweden yang membakar naskhah Al-Quran disifatkan sebagai amat melampau dan tidak seharusnya dilakukan seorang individu berpengaruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, penganut agama lain sepatutnya menghormati Islam dan tidak melakukan perkara yang boleh mencetuskan provokasi.

“Perbuatan itu (membakar Al-Quran) tidak seharusnya berlaku. Pada kita yang beragama Islam pun tidak boleh membakar kitab lain, apa lagi menghina agama mereka.

“Mereka yang beragama lain sepatutnya menghormati Islam, jangan ada sifat provokasi kerana orang Islam mempunyai sensitiviti dalam perkara ini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, kerajaan Malaysia mengecam sekerasnya tindakan seorang pemimpin Stram Kurs, Rasmus Paludan yang membakar senaskhah kitab suci Islam itu Khamis lepas.

Wisma Putra menerusi kenyataan semalam menegaskan, tindakan terbabit melangkaui batas dan norma hak kebebasan bersuara.

Tegasnya, provokasi dan perbuatan berunsur menghasut serta kebencian itu mesti ditolak semua pihak yang inginkan keamanan serta hidup bersama dalam budaya damai.

“Malaysia juga menekankan kepentingan untuk menghapuskan semua bentuk keganasan dan kebencian, termasuk Islamofobia.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan komuniti antarabangsa bagi mencegah dan menghapuskan sentimen Islamofobia serta pelampau agama,” katanya.

Menerusi laporan media antarabangsa, tindakan Rasmus membakar Al-Quran itu mencetuskan rusuhan dan menyaksikan penunjuk perasaan bertindak agresif di bandar raya Sweden.

Pada masa sama, Pengarah Perikatan Tamadun tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Miguel Moratinos menyifatkan apa yang berlaku tidak boleh diterima dan perlu dikecam.

Beliau menggesa pemimpin semua agama supaya perbuatan seumpama itu. – Getaran, 18 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Sweden Mahu Ketatkan Peraturan Kemasukan Susulan Insiden Bakar Al-Quran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Kerajaan Sweden Henti Tindakan Provokatif Bakar Al-Quran

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad