web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Ditemui Dengan Tangan Terikat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 8:58PM

Wan Kamarul Azran Wan Yusof - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tangan terikat di tepi Jalan Sepang-Salak di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai pada kira-kira jam 8.30 pagi berhubung penemuan mayat itu.

“Pemeriksaan awal polis di lokasi kejadian tidak menemui apa-apa dokumen pengenalan diri mangsa. 

“Mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu, ditemui memakai kemeja-T putih berkolar, seluar panjang hitam dan pelitup muka di bawah dagu dengan tangan diikat menggunakan wayar kabel,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, mangsa didapati tiada kesan suntikan bacille calmette-guerin (BCG).

Menurut beliau, sepasukan polis dari Unit Forensik dan Bahagian D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan Unit Anjing Pengesan (K9) IPD Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) digegaskan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pemeriksaan unit forensik menemui satu sarung sabit, tiga puntung rokok, gumpalan rambut dan dua kesan darah.

“Selain itu, terdapat kesan kecederaan pada perut dan luka pada zakar mangsa,” jelasnya.

Tambah beliau, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Katanya, kes itu diklasifikasi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Justeru, polis meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan tampil membantu siasatan berikutan penemuan mayat lelaki itu.

“Orang ramai atau mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk tampil memberi bantuan kepada pihak polis,” ujarnya. - Getaran, 15 April 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad