web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bella Disuruh Makan Seperiuk Nasi Dicurah Cuka, Cili Dan Ayam Busuk - Saksi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:57PM

Siti Bainun Ahd Razali (kiri hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menyambung bicara kes mengabai dan menganiaya remaja perempuan dikenali sebagai Bella. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella, telah diberi makan seperiuk nasi dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili serta ayam goreng busuk ketika bulan puasa oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, berkata Bella disuruh oleh Siti Bainun untuk menghabiskan nasi tersebut walaupun remaja itu kenyang kerana Bella telah curi-curi makan dan minum semasa ketiadaan Siti Bainun di rumah kebajikan itu.

"Ketika itu bulan puasa, Bella tidak makan nasi sebab dia terlampau kenyang kerana curi-curi minum air dan makan kerana di bilik dobi banyak barangan kering. Bella juga tidak dibenarkan makan dan minum sesuka hati, jadi Bella cari jalan untuk curi makan dan minum tanpa pengetahuan saya, Siti Bainun dan penghuni Rumah Bonda sebab dia takut.

"Apabila Siti Bainun balik malam itu dan dia dapat tahu yang Bella telah curi makan dan minum, Siti Bainun suruh dia (Bella) habiskan satu periuk nasi yang dicurah dengan cuka, kunyit, garam, kicap, cili dan kepingan cili," katanya semasa pemeriksaan balas oleh peguam Asiah Jalil yang mewakili Siti Bainun pada perbicaraan kesnya yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.

Saksi pendakwaan kelima itu berkata Bella juga pernah menggoreng ayam yang telah busuk dan  turut mengarahkannya (Yasmin) berbuat demikian sebelum menyuruh Bella menghabiskan lima ketul paha ayam.

Yasmin berkata Siti Bainun turut memberi Bella makan 20 biji cili padi dan meminta saksi itu atau seorang lagi penghuni Rumah Bonda, dikenali sebagai Aida untuk mengira 20 biji cili tersebut.

Disoal seorang lagi peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf berapa kali kejadian itu berlaku dan adakah Siti Bainun meminta secara spesifik 20 biji cili padi itu, saksi itu menjawab: “Banyak kali juga dan memang Siti Bainun mahukan 20 biji cili itu".

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa kejadian itu berlaku beberapa kali seminggu.

Farhan: Boleh kata empat kali seminggu? Yasmin menjawab: Ok.

Farhan: Jadi kalau seminggu sudah 80 biji cili Bella makan, tak kan mulut Bella tak melelas, melecet atau merah? Yasmin menjawab: Mulut dia merah.

Farhan: Pada prosiding semalam, kamu kata Bella didera setiap hari selama empat bulan, jadi kalau kita kira lebih kurang 1,280 biji cili disumbat kepada Bella (dalam tempoh empat bulan) tak kan mulut Bella tak melelas atau melecet.

Yasmin: Dia (Bella) makan, lepas itu buang balik.

Disoal Farhan sama ada dia mengetahui tahap kepedasan cili itu, Yasmin berkata dia mengetahui kepedasan cili namun tidak pernah makan cili yang dimakan Bella selain bersetuju dengan cadangan peguam itu sekiranya terlebih makan pedas ia menyebabkan perut memulas dan membuang air besar. 

Menurut Yasmin, Siti Bainun juga pernah menyepak dan menendang perut remaja itu kerana tidak mendengar arahannya.

"Bila Bella tak dengar cakap dan tidak habiskan cili, Siti Bainun akan ugut hendak simbah air panas pada Bella. Siti Bainun akan arahkan saya dan Aida untuk pegang Bella dan paksanya melutut. Masa itu, Siti Bainun sepak dan tendang perut Bella," katanya yang turut memaklumkan Siti Bainun tidak membenarkan Bella minum air termasuk minuman manis.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung esok. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad