web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu MySejahtera: Tengku Zafrul, Khairy Beri Keterangan Dalam Prosiding PAC

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:50PM

Khairy dan Tengku Zafrul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini memberi keterangan serta penjelasan dalam prosiding Pembangunan dan Perolehan Aplikasi MySejahtera kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata prosiding yang berlangsung selama tiga jam itu bermula 10 pagi itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Seri Asri Hamidon dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Harjeet Singh a/l Hardeev Singh serta pegawai kanan Kementerian Kewangan dan KKM.

“Prosiding ini diadakan dengan menggunakan punca kuasa PAC di bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) dan 77(5) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PPMDR) serta Seksyen III, Perkara 11 (b), Pekeliling Am No. 2 (1982),” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pada prosiding hari ini, fokus PAC termasuk pemberian kontrak pembangunan aplikasi MySejahtera kepada KPI Soft Sdn Bhd pada April 2020 dan pemberian kontrak secara rundingan terus kepada MySJ Sdn Bhd oleh kerajaan pada November 2021 serta status rundingan kerajaan dengan syarikat terbabit.

Turut menjadi fokus ialah pemilikan aplikasi MySejahtera termasuk modul dan kod sumber aplikasi, harta intelek serta pangkalan data.

Komitmen kerajaan untuk melindungi data peribadi rakyat dalam aplikasi MySejahtera serta entiti syarikat yang terlibat iaitu MySJ Sdn Bhd, KPI Soft Sdn Bhd dan syarikat lain dalam pertikaian kes antara pemegang saham MySJ Sdn Bhd di mahkamah turut menjadi fokus prosiding.

“PAC berpendapat bahawa perlu memanggil saksi lain untuk memberikan keterangan lanjut dalam prosiding ini.

“PAC akan memanggil tiga agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Majlis Keselamatan Negara, Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia serta Agensi Keselamatan Siber Negara pada 21 April ini untuk hadir bagi memberikan keterangan serta penjelasan berhubung isu ini,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad