web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Mula Beri Dos Penggalak Kedua Atas Dasar Sukarela

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:15PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan mula memberikan suntikan dos penggalak kedua kepada warga emas yang mempunyai komorbiditi berisiko tinggi dan individu yang ingin ke luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan suntikan dos keempat bagi golongan tersebut bagaimanapun dibuat atas dasar sukarela.

“Pelaksanaan syor terbaharu ini tidak akan menjejaskan status vaksinasi lengkap individu berisiko tinggi yang tidak mengambil dos penggalak kedua tersebut.

“KKM kini sedang mengemaskini Garis Panduan Klinikal yang akan memperincikan perlaksanaan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian santifik dan kajian kohort Malaysia menunjukkan warga emas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati serta diabetis berisiko tinggi mendapat gejala serius dan kematian akibat COVID-19.

“Individu berumur 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos penggalak kedua dengan selang masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan selepas tarikh dos penggalak pertama.

“Bagi warga emas yang lengkap mengambil dos penggalak dan didapati mengalami jangkitan COVID-19, mereka layak menerima dos penggalak kedua tiga bulan selepas mereka pulih sepenuhnya,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, saranan tersebut turut terpakai kepada golongan warga emas yang berada di bawah fasiliti penjagaan jangka panjang. 

“Bagi warga emas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi berisiko tinggi yang ingin mendapatkan dos penggalak kedua, mereka perlu mendapatkan nasihat pengamal perubatan,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, individu ingin ke luar negara boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya sebulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan untuk mengembara.

“KKM juga sudah menerima permohonan bagi individu yang ingin ke luar negara untuk mendapatkan dos penggalak kedua bagi memenuhi keperluan ke luar negara. 

“Sebagai contoh, terdapat sesetengah negara di benua Eropah yang tidak mengiktiraf vaksin Sinovac dan Sinopharm sebagai dos primer dan dos penggalak,” katanya.

Tambahnya, individu berusia 12 tahun dan ke atas yang mempunyai masalah sistem imun juga boleh diberikan dos penggalak dengan selang masa sekurang-kurangnya 28 hari selepas tarikh dos kedua.

Sementara itu, beliau memaklumkan setakat 31 Mac lalu, seramai 701 individu sudah menerima sijil digital pengecualian vaksinasi atas sebab perubatan.

Susulan itu katanya, individu tersebut juga akan mendapat pengecualian dos penggalak secara automatik.

“Individu yang tidak layak untuk mendapat dos penggalak atas sebab perubatan, terutamanya dalam kalangan penerima dos primer Sinovac atau Sinopharm atau warga emas dan masih belum menerima Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi COVID-19, mereka perlu membuat permohonan baharu.

“Individu tersebut perlu mendapatkan pengesahan pakar perubatan dan seterusnya membuat permohonan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan dengan mengemukakan Slip 'Penilaian Kesesuaian Menerima Vaksin COVID-19 bagi pesakit dengan Masalah Kesihatan Tertentu,” katanya. - Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad