web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lukisan Beruk Tarik Perhatian Netizen, Puad Zarkashi Sedia Beli Jika Dilelong

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 4:40PM

Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lukisan memaparkan Dewan Rakyat dipenuhi haiwan seperti beruk dan katak yang dibeli Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terus menarik perhatian netizen di media sosial.

Rata-rata pengguna Facebook beranggapan tindakan baginda membeli lukisan kreatif itu sebagai ‘sindiran halus’ kepada ahli politik di negara ini.

Malah ia juga dilihat sebagai satu isyarat kepada mereka supaya lebih peka kepada masalah rakyat, berbanding agenda politik masing-masing.

“Alhamdulillah, syukur kepada imaginasi terbaik yang sememangnya realiti kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang telah sedia maklum bahawa demikianlah bentuk dan rupa di sebalik takbir dewan yang mulia.

“Sebagaimana Tuanku sanggup membeli, sebegitu jugalah, Tuanku lebih mengerti segala yang tersirat. Semoga Tuanku terus sejahtera di hati rakyat,” kata Sallehuddin Abu Bakar.

“Harap-harap YB cermin diri dan sedarlah hangpa semua pelingkup je. Sepatutnya Malaysia lebih maju ke depan. La kita jauh ketinggalan dari negara-negara ASEAN,” kata Lam Bho Ghini.

“Sesuai sangat, politik Malaysia dah macam dalam hutan. Beruk-beruk dan katak-katak berlumba mencari kemewahan sedangkan rakyat terpaksa dikorbankan demi kepentingan mereka. Terbaik Tuanku,” kata Deepchard Chard.

“Moralnya kerana sesetengah Ahli Parlimen berperangai tu. Semua dalam Dewan kena tempias macam dalam gambar. Nayalah, berbahaslah dengan ilmu, jagailah norma dan batas serta beradab,” kata Isma Ismail.

Lukisan Parlimen dipenuhi katak dan monyet itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang menyuarakan hasrat berminat untuk membeli karya berkenaan.

Katanya, beliau mahu membeli lukisan unik itu sekiranya dilelong Sultan Sharafuddin suatu hari nanti.

Bagaimanapun Mohd Puad berkata, beliau tidak akan menjual lukisan itu selepas menjadi kepunyaannya, tetapi akan menghadiahkannya kepada Muzium Negara untuk pameran orang awam.

“Saya sedia membeli lukisan Parlimen beruk dan katak jika Sultan Selangor satu hari nanti, mahu melelongnya.

“Jika lukisan itu milik saya, ia tidak akan dijual lagi. Saya akan hadiahkan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan kepada orang awam,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, gambar Sultan Sharafuddin bersama lukisan itu dimuat naik ke Facebook Selangor Royal Office.

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian Sultan. Sebaik sahaja melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di private study room baginda.

“Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” menurut kenyataan itu.

Karya itu hanya menampilkan tiga wajah manusia seakan-akan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan dua orang kakitangan Parlimen.

Sebaliknya, kesemua tempat duduk dalam Dewan Rakyat diisi oleh haiwan-haiwan seperti katak, monyet, beruk dan gorila. - Getaran, 14 April 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad