Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kes Basikal Lajak: Petisyen Gesa Pembebasan Pemandu Kereta Dilancar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 2:04PM

Sam Ke Ting - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes kematian lapan remaja yang menaiki basikal diubah suai atau ‘basikal lajak’ pada tahun 2015 akibat dilanggar sebuah kenderaan, terus mendapat perhatian dan liputan hingga kini.

Sebaik kes itu dilaporkan media sehingga menggemparkan negara, ada segelintir menyalahkan pemandu terbabit yang didakwa memandu melulu atau berbahaya di Jalan Lingkaran Dalam di Johor Bahru, Johor sehingga menyebabkan kematian kumpulan remaja berkenaan pada jam 3.20 pagi, 18 Februari 2017.

Manakala, sesetengah pula menyalahkan ibu bapa yang didakwa tidak cakna kerana membiarkan anak berada di luar rumah pada waktu berkenaan.

Terbaharu, kes terbabit terus diperkatakan umum apabila Mahkamah Tinggi Johor Bahru kelmarin, menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kepada pemandu kenderaan itu, Sam Ke Ting selepas didapati bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lepas.

Hukuman itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Oktober 2019 yang membebas dan melepaskan kerani wanita terbabit pada akhir pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri daripada pertuduhan memandu secara melulu.

Di sebalik hukuman dikenakan Mahkamah Tinggi, seorang individu dikenali Wan Junaida telah melancarkan petisyen #Bebaskan Sam Ke Ting atau #FreeSamKeTing daripada pertuduhan memandu secara melulu.

Asas kepada petisyen itu adalah mereka mahu wanita muda terbabit mendapat pembelaan, selain menunjukkan sokongan terhadapnya.

Sejak dilancarkan semalam, petisyen yang mensasarkan 500,000 sokongan itu sudah ditandatangani 370,365 setakat  jam 1.55 petang hari ini.

Petisyen itu turut ‘dihujani’ pelbagai komen berhubung kes terbabit dan rata-rata turut melahirkan sokongan kepada wanita berkenaan. – Getaran, 14 April 2022
 

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Chegu Bard Mengaku Tidak Bersalah Memfitnah, Menghasut

oleh Diyana Nawwar

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 1 jam yang lalu

Bekas Pemain Ragbi Kedah Maut Selepas Rebah Pada Perlawanan Pertunjukan Dengan MB Kedah

oleh Rafisqi Radhi