web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Makanan 'Jijik' Bazar Ramadan, Peniaga Berjual Secara Batil - Mufti Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 9:26AM

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu, warga maya sering diperdengarkan dengan kisah ‘karipap oksigen’, dan kini cerita roti john rentung pula melatari ruangan media sosial.

Ada juga kes rangka ayam yang dibeli di bazar Ramadan tidak dibersihkan isi perutnya oleh peniaga. 

Bukan sahaja harganya mahal, lebih mengecewakan apabila makanan yang dijual sangat menjijikkan.

Belum lagi kisah kuih tepung pelita basi atau sup kaki ayam berkuku, yang semuanya ‘menaikkan darah’ pelanggan kerana berlaku ketika Ramadan.

Nasi kerabu berulat, puding buih ‘beracun’, antara rentetan peristiwa yang pastinya akan berulang saban tahun jika tertib berniaga tidak dipatuhi. 

Kisah ini bukan hanya menimpa golongan marhaen, barisan selebriti tidak terkecuali seperti pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang yang menjadi mangsa diperdaya peniaga tamak apabila membeli kuih koci basi di bazar Ramadan, manakala usahawan popular Datuk Seri Vida pula ‘terkena’ dengan nasi dagang basi.

Di manakah sikap jujur dan keikhlasan peniaga terhadap pelanggan? Sudahlah mahal, makanan dijual pula hanya layak menghuni tong sampah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, penipuan dalam perniagaan yang dilakukan oleh penjual boleh diibaratkan seperti mengambil harta manusia secara batil.

Menurut beliau, perbuatan menjual makanan rosak tidak sewajarnya berlaku dan ia menggambarkan kekotoran hati peniaga kerana tergamak menipu dalam perniagaan, khususnya ketika Ramadan.

“Boleh saya katakan bahawa perbuatan peniaga sebegitu yang menganiaya pembeli mahupun pengguna menggambarkan hati mereka tidak bersih kerana tergamak menipu dalam perniagaan.

“Hasil yang diterima oleh peniaga yang berbuat demikian, mengambil kesempatan kepada pelanggannya sememangnya haram kerana makan harta manusia secara batil iaitu dengan cara tidak betul,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Wan Salim berkata, perbuatan itu membuktikan bahawa peniaga tersebut mementingkan diri sendiri serta tidak peka terhadap kesusahan orang lain.

"Ini bukan akhlak seorang muslim yang beriman kerana tidak akan berlaku penipuan jika ada iman. Andai ada iman, mereka akan sensitif terhadap kesusahan yang dihadapi saudara sesama Islam. Perbuatan itu juga seolah-oleah mengeksploitasi hajat orang ramai untuk menikmati juadah.

“Saya juga berfikir yang lakukan perbuatan ini bukanlah peniaga sepenuh masa namun hanya mengambil kesempatan untuk berniaga ketika bulan Ramadan bagi meraih keuntungan. Ini menjadikan pendapatan itu tidak ada keberkatan kerana dapat daripada hasil yang tidak baik,” katanya.

Lantaran itu, Wan Salim menasihatkan pembeli agar berhati-hati dengan peniaga ‘muka baharu’ di bazaar Ramadan bagi mengelakkan perkara seumpamanya terus berlaku.

“Seeloknya kita membeli makanan itu dengan orang yang sudah kita kenal dia berniaga di mana kita yakin makanan dijual bersih serta berkualiti.

“Kalau tidak pasti, tapi teringin membeli makanan dijual, tanya terlebih dahulu peniaga yang sudah kita kenal. Tanya dengan mereka kualiti peniaga tersebut, jika mereka pun okay maka tiada halangan untuk membelinya. Paling penting, kena berhati-hati,” katanya.

Pada masa sama beliau menyeru peniaga agar ikhlas dalam mencari rezeki untuk mendapat keberkatan hidup dengan bertimbang rasa 
sesama manusia.

Jelasnya, peniaga perlu jujur dan lebih mementingkan kebajikan demi meraih pahala berganda yang dijanjikan oleh Allah ketika Ramadan.

“Penjual dinasihatkan dalam bulan puasa ini untuk tidak ambil keuntungan terlalu berlebihan. Bukan tak boleh namun jangan keterlaluan sehingga bebankan pihak pembeli dan pengguna, apa lagi kalau menjual makanan tidak berkualiti mahupun basi. Tinggalkanlah perkara tersebut.

“Allah sentiasa memerhati perlakuan hamba-hambaNya. Kehidupan yang tidak ada barakah akan mengundang pelbagai masalah ke atas diri dan keluarga,” katanya. – Getaran, 14 April 2022.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad