web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID: Hanya 1 Kluster Masih Aktif Di Sabah - Masidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Apr 2022 8:56AM

Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Hanya tinggal satu sahaja kluster COVID-19 yang masih aktif di Sabah pada masa ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap COVID-19 Sabah bagaimanapun tidak menamakan kluster berkenaan.

“Perkembangan baharu itu susulan penamatan satu kluster iaitu Kluster Tolokoson Kem 2 di Tenom, semalam,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sementara itu Masidi berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 158 kes positif baharu COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif 369,557 kes, dengan satu kes kematian dilaporkan di Sipitang.

“Peratusan jangkitan sporadik kekal tinggi iaitu hampir 65 peratus pada hari ini sekali gus memperlihatkan bahawa risiko jangkitan masih tinggi khususnya di tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

“Justeru, masyarakat diminta agar sentiasa mematuhi semua prosedur operasi standard yang dikuatkuasakan khususnya semasa mengunjungi gerai-gerai Ramadan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad