web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harga Tiket Tak Masuk Akal, Perantau Terpaksa Lupakan Kampung Halaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 9:15AM

PPIM menggesa pihak berkenaan supaya memantau harga tiket penerbangan pada musim perayaan susulan rungutan pengguna mengenai harga tiket yang mahal terutama ke Sabah dan Sarawak. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan hari raya Aidilfitri kali ini pastinya dinantikan oleh seluruh masyarakat Islam di negara untuk dirai bersama sanak saudara di kampung halaman, selepas dua tahun ‘terkurung’ di perantauan akibat wabak COVID-19.

Bagaimanapun, hasrat anak perantau terutamanya dari Sabah dan Sarawak untuk pulang ke dakapan keluarga pastinya terbantut dek lonjakan tak masuk akal harga tiket penerbangan yang ditawarkan untuk musim perayaan.

Tinjauan Getaran di laman sesawang syarikat penerbangan tempatan mendapati, harga tiket ditawarkan agak tinggi, malah ia tidak termasuk caj tersembunyi yang perlu dibayar orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan.

Individu bujang mungkin masih boleh menutup sebelah mata untuk membayar harga tiket ditawarkan demi ibu bapa tercinta namun tidak bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Jika di luar musim perayaan, tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah atau Sarawak boleh didapati dengan harga sekitar RM200 hingga RM300 sahaja, namun pada musim perayaan Aidilfitri kali ini nilainya melonjak antara RM500 sehingga RM1,900 untuk dua hala.

Seorang pengguna Facebook, Connie Sylvie Moncal berkongsi harga tiket penerbangan yang cuba dibelinya untuk cuti perayaan namun harganya amat tidak masuk akal dan jauh daripada kemampuan orang kebanyakan.

Menurutnya, tiket penerbangan untuk dua dewasa, dua kanak-kanak dan seorang bayi dari Kuala Lumpur ke Sabah bernilai RM4,740, tidak termasuk bagasi dan tempat duduk.

“Untuk ke Sarawak pula harganya RM2,400, ia termasuk bagasi dan tempat duduk pergi dan balik.

“Tiap-tiap tahun harga memang macam ini. Memang tak pernah la murah. Enam tahun dah tak beraya dekat Sabah,” katanya yang turut berkongsi anak sulungnya berusia enam tahun langsung tidak pernah menyambut perayaan di kampung halamannya.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu memantau harga tiket penerbangan terutamanya ketika musim perayaan.

Menurutnya, KPDNHEP dan Kementerian Pengangkutan perlu mencari jalan penyelesaian berhubung isu tersebut yang sudah lama menimpa anak-anak perantau terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan perlu meneliti isu ini dengan lebih mendalam supaya dapat merencanakan penyelesaian agar ia tidak berulang di masa depan, termasuk menggubal undang-undang bagi mengekang kejadian seumpamanya terus berlaku.

“Tindakan syarikat penerbangan mengenakan caj tinggi ini sama seperti mengambil kesempatan terhadap kesempitan masyarakat kerana mereka tahu orang ramai mahu pulang ke kampung setelah dua tahun dilanda pandemik.

“Jika perkara sebegini dibiarkan, ia sekali gus akan ‘mendidik’ peniaga untuk mengambil kesempatan dalam menjalankan perniagaan,” katanya kepada Getaran.

Beliau dalam pada itu menggesa orang ramai untuk membuat aduan kepada pihak berwajib berhubung perkara tersebut supaya tindakan boleh diambil secepat mungkin.

“Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan kuasa mereka untuk memboikot syarikat penerbangan yang mengenakan harga tak masuk akal, jika diberi kesempatan kelak,” katanya. – Getaran, 13 April 2022

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad