web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencari Besi Buruk Maut Terkena Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 8:27PM

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika mengeluarkan mayat mangsa dari lokasi dia ditemui.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika mencari tin minuman dan besi buruk di Kampung Numbak, di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Jeffri Kassim, 37, ditemui tidak sedarkan diri dan terbaring di kawasan berlumpur di kampung berkenaan sekitar jam 7 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, sejurus menerima laporan, pihaknya telah menghubungi pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memeriksa keadaan mangsa.

George berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia dan dibawa keluar oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Mayat mangsa telah dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, polis percaya bahawa mangsa meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik akibat penyambungan haram.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah yang boleh dikaitkan sebagai punca kematian mangsa.

“Kakitangan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang hadir di lokasi turut mengesahkan bahawa terdapat kabel elektrik yang disambung secara haram dan bertindak segera memutuskan sambungan itu.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahnya. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad