web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Pandu Lawan Arus, Langgar 2 Penunggang Motosikal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2022 10:44AM

Tangkap layar dari video media sosal menunjukkan sebuah kenderaan dipandu melawan arus di Lebuhraya SKVE.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki memandu secara melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan membabitkan dua penunggang motosikal di Kilometer 30.1 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.49 petang itu, suspek yang berusia 42 tahun turut mengalami kecederaan di kepala selepas melanggar penunggang motosikal kedua.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4 petang semalam ketika menerima rawatan di Hospital Banting.

Menurut beliau, siasatan mendapati penunggang motosikal jenis Honda Dash menyedari sebuah Perodua Bezza berhenti di lorong kecemasan sebelum memberhentikan kenderaannya di hadapan kereta terbabit.

“Secara tiba-tiba Perodua Bezza bergerak semula lalu melanggar sisi bahagian hadapan Honda Dash sehingga penunggangnya terjatuh dan mengalami kecederaan ringan pada kaki dan tangan.

“Selepas pelanggaran itu, pemandu kereta terbabit terus bergerak melawan arus di lorong kecemasan sehingga melanggar motosikal jenis Yamaha LC135 di KM 30.1 Lebuhraya SKVE, menyebabkan penunggangnya tercampak dan mengalami kecederaan pada tangan serta kaki,” katanya hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, pemandu terbabit masih belum direman berikutan masih mendapatkan rawatan akibat kecederaan dihadapinya namun sampel darah sudah diambil untuk tujuan analisis alkohol dan dadah.

“Suspek ditangkap di hospital selepas dibawa dengan ambulans dari tempat kemalangan dan ditahan di wad kerana cedera di kepala,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video pendek memaparkan sebuah kereta Produa Bezza berwarna kelabu bergerak laju secara melawan arus yang dirakam oleh pengguna lebuh raya berkenaan. - Getaran, 12 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan