web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengurus Lombong Bijih Rugi RM40,000 Ditipu Macau Scam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 10:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang pengurus lombong bijih kerugian RM40,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 36 tahun menerima panggilan pada jam 5.20 petang, kelmarin.

Katanya, mangsa kemudian dimaklumkan bahawa dirinya mempunyai tunggakan cukai sebanyak RM98,000.

“Panggilan itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kedah dan dalam perbualan itu, mangsa diberitahu terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan jenayah berkaitan dadah.

“Mangsa diminta membuka satu akaun bank baharu untuk memudahkan proses siasatan terhadap kesemua wang miliknya.

“Pada jam 12 tengah hari semalam, mangsa kemudian membuka akaun Bank Islam dan memindahkan wang dari akaun Tabung Haji sebanyak RM40,000,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa diminta untuk mengisi kesemua maklumat akaun bank dan pengenalan diri serta dimaklumkan siasatan akan dijalankan selama tiga hari sebelum boleh mengambil kembali wang itu.

Menurutnya, selepas satu jam, mangsa mula curiga dan segera menghubungi pusat khidmat pelanggan Bank Islam serta dimaklumkan baki wang yang ada dalam akaun itu adalah RM100.

“Selepas kehilangan RM40,000, mangsa membuat laporan di Balai Polis Gua Musang hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 11 April 2022

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Mahu LHDN Kutip Lebih Banyak Hasil Tahun Ini Berbanding Unjuran RM197 Bilion

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Terima 547 Laporan Kes Penipuan 3 Syarikat Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Simulasi Memancing Data Tingkat Kesedaran Keselamatan Siber, Ancaman Penipuan 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad