web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen Senada Pindaan Perlembagaan Persekutuan Dirujuk Ke Jawatankuasa Khas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 2:37PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang hari ini senada untuk merujuk terlebih dahulu pindaan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti ke Jawatankuasa Pilihan Khas, sebelum dibentangkan ke Mesyuarat Khas Parlimen akan datang.

Pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat untuk membentangkan Rang Undang-undang pindaan Perlembagaan itu bagi membolehkan Akta Lompat parti digubal, mereka rata-rata berpendapat Perkara 10(3)(a) terlalu luas dan perlu diletakkan sekatan-sekatan tertentu berhubung perkara lompat parti sahaja.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembangkang bersetuju agar pindaan itu diperincikan supaya tidak disalah guna oleh pihak tertentu, selain perlu menghormati prinsip asas dalam perlembagaan, kebebasan dan sistem demokrasi, mengiktiraf hak bersuara dan hak berpersatuan yang digariskan dalam Perlembangaan Persekutuan.

“Kita mohon Perkara 10(3)(a) diperkemaskan, supaya pindaan itu dikhususkan kepada soal defection atau permindahan parti,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar turut mencadangkan agar pembentangan (bacaan kali kedua) pindaan Perkara 10 Pelembangaan Persekutuan dan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti diadakan bersekali pada sidang khas akan datang.

Sementara itu, Anthony Loke (PH-Seremban) bersetuju bahawa pindaan Perkara 10 (3) terlalu luas dan agak bahaya jika tidak dilaksanakan dengan cermat kerana ia membolehkan mana-mana parti yang membentuk kerajaan pada masa depan membuat akta lain untuk mengawal atau menyekat Ahli Parlimen.

“Sehubungan itu, satu konsensus perlu dicari terlebih dahulu dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas adalah jalan terbaik supaya perkataan lebih khusus diletakkan agar sekatan boleh dilakukan hanya berkenaan lompat parti sahaja, tidak kepada perkara-perkara lain,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Beliau seterusnya mencadangkan masa sebulan untuk jawatankuasa melaksanakan tanggungjawab untuk memperhalusi cadangan pindaan dan sidang khas bagi membentangkannya diadakan pada penghujung Mei.

“Dengan ini, selepas sidang khas ini maka sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Malaysia sudah ada satu akta bagi menyekat lompat parti dan mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap demokrasi di negara ini,” katanya.

Beliau berkata DAP mencadangkan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mewakili parti berkenaan dalam jawatankuasa pilihan khas itu.

Rang undang-undang bagi meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan itu bertujuan memasukkan fasal baharu 3A selepas Fasal 3 bagi sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) yang berhubungan dengan keahlian dalam parti politik ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri boleh juga dikenakan oleh undang-undang persekutuan.

Wan Junaidi berkata pindaan itu turut memberi punca kuasa bagi membolehkan suatu akta khusus berhubung larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti, digubal dan diluluskan di Parlimen.

“Selain itu, rang undang-undang ini juga mampu menghentikan tindakan mana-mana pihak yang dipilih dan dilantik melalui proses pilihan raya sah daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan munasabah sekali gus memastikan kestabilan politik negara untuk suatu jangka masa panjang,” katanya.

Wan Junaidi berkata semalam kerajaan telah bersetuju supaya jawatankuasa pilihan khas bi-partisan ditubuhkan bagi penggubalan akta baharu berkaitan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.

Beliau berkata jawatankuasa yang membabitkan keahlian semua pihak berkepentingan termasuk pakar akademik, wakil parti pembangkang dan kerajaan itu bagi meneliti dan menentukan dasar serta peruntukan terbaik untuk akta itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran