web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


7 Lolos Dari Penjara Jelebu, Seorang Sudah Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2022 8:17AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Polis menahan seorang lelaki dan sedang memburu enam lagi yang telah meloloskan diri dari Penjara Jelebu dekat sini kira-kira pukul 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jelebu, DSP Maslan Udin berkata Sohaimi Khalid, 50, berjaya ditahan semula di kawasan kebun kelapa sawit di Kongkoi kira-kira dua kilometer dari Penjara Jelebu pada pukul 7 malam.

Beliau berkata enam lagi yang masih diburu ialah Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, Shazuan Md Sharif, 32, Mohd Zairizan Zainal, 42, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dan seorang lelaki dikenali sebagai Zainuddin.

Dalam kenyataan di sini malam ini, beliau berkata bantuan unit anjing pengesan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan (IPKNS) dan Jabatan Penjara turut digerakkan bagi mengesan kesemua mereka.

Menurutnya selain siasatan berkaitan tindakan suspek melarikan diri, siasatan juga berkisar kepada kemungkinan berlaku kecuaian sehingga menyebabkan orang tahanan meloloskan diri.

Maslan berkata orang ramai dengan maklumat yang boleh membantu polis dalam memburu mereka yang terlibat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menelefon Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu dengan menelefon 06-6136222 atau Bilik Gerakan IPD Jelebu 06-6137999. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad