web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tahanan Terima Ubat Tibi Ditemui Mati

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2022 5:14PM

Datuk Azri Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang tahanan (OKT) disahkan meninggal dunia di lokap berpusat Bandar Indera Mahkota, dekat Kuantan, Pahang semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 42 tahun itu dihantar ke lokap tersebut pada 21 Mac lalu bagi menjalani hukuman penjara selama lapan bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, OKT merupakan tahanan dari penjara Penor, Kuantan Pahang yang akan menjalani sebutan kes pada 14 April 2022 di bawah akta sama.

“Pada 9 April kira-kira jam lebih kurang 4.40 petang, OKT berkenaan telah diberi ubat sakit Tibi dan dia didapati sudah tidak sedarkan diri oleh anggota bertugas yang mengedarkan makanan untuk berbuka puasa pada jam 5.47 petang.

“Pegawai perubatan dari Hospital Kuantan yang tiba pada jam 6.35 telah membuat pemeriksaan dan mendapati OKT telah meninggal dunia,” katanya hari ini.

Azri berkata, punca sebenar kematian bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

“Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.- Getaran, 10 April 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Tahanan Dadah Maut Di Lokap

2

Semasa 4 tahun yang lalu

OKT Mati Di Lokap, Tiada Kecederaan Dikesan

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Mengadu Sesak Nafas, Tahanan Indonesia Meninggal Ketika Terima Rawatan

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Kematian Dalam Tahanan, Kerajaan Digesa Laksana 4 Cadangan Tangani Kes

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja