Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sinaran Agro Farm, Ubati Kesunyian Warga Emas Dengan Bertani

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2021 8:38AM

Wong Cheong dan A. Selvakumar saling membantu melakukan kerja ladang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Menghabiskan sisa usia di pusat jagaan warga emas barangkali adalah pengakhiran yang paling menyedihkan boleh berlaku ke atas mana-mana individu, membilang hari bertemankan kesunyian.

Bagaimana pula jika diarahkan keluar atau berpindah dari premis yang sekian lama dijadikan tempat berteduh?

Ke mana agaknya langkah kaki mahu dibawa, apatah lagi dengan usia yang semakin lanjut tidak memungkinkan kudrat mereka segagah dahulu.

Enggan hanya duduk berserah, tiga warga emas sepakat mengubah nasib itu apabila pusat jagaan yang menjadi tempat berteduh, Rumah Seri Kenangan (RSK) Johor Bahru perlu dikosongkan buat sementara waktu, susulan kerja-kerja pengubahsuaian.

Sebuah ladang di Kampung Sinaran Baru di sini menjadi lokasi, apabila ketiga-tiga mereka secara sukarela menawarkan diri untuk berkhidmat secara sukarela di situ.

Kedatangan semua warga emas itu disambut dengan tangan terbuka oleh Pengerusi Lembaga RSK Ungku Mohsin, Awi @ Sapawi Johari, yang begitu baik hati menerima kehadiran mereka, apatah lagi ketiganya membawa bersama janji untuk membantu tugasan di ladang berkenaan.

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, dan laksana orang mengantuk disorong bantal, Awi yang juga pengusaha Sinaran Agro Farm enggan bertangguh dan terus menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan permohonan ketiga-tiga warga emas itu diuruskan pada kadar segera.

A. Selvakumar menyemai benih di ladang di Kampung Sinaran Baru, Johor Bahru.
A. Selvakumar menyemai benih di ladang di Kampung Sinaran Baru, Johor Bahru.

Seorang daripada mereka, A Selvakumar, 69, berkata, sudah hampir lima bulan beliau dan rakannya menghuni ladang diusahakan Awi sambil membantu lelaki berhati mulia itu menyemai anak-anak benih untuk beberapa jenis tanaman.

Walau tergolong sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana berdepan kesukaran untuk bergerak, Selvakumar masih lincah membantu Awi menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Saya suka bertani. Di RSK, saya ada juga buat kerja-kerja menanam pokok sebagai aktiviti di sana. Jadi, apabila kami perlu pindah sementara, saya sukarela mahu ikut untuk datang ke sini.

 “Saya gembira dan lebih suka tinggal di sini. Tauke (Awi) ada sediakan tempat tinggal, makanan dan kadangkala saya juga ada masak sendiri,” katanya yang berasal dari Pulau Pinang dan bekerja di daerah ini sebelum tinggal di RSK sejak lapan tahun lalu.

Rakannya, Wong Cheong, 86 yang berasal dari Kampung Kahang, Kluang pula memilih untuk tinggal bersama Awi kerana tidak suka duduk diam tanpa sebarang aktiviti.

Tidak betah duduk begitu sahaja membuang masa, kehidupan di ladang bagi Wong Cheong juga lebih tenang, apabila beliau berpeluang menghirup udara segar dari barisan pokok yang ada.

“Di RSK ramai orang, jadi selalu bising. Saya kenal tauke sudah lama, jadi saya mahu ikut dia, dia bagi saya makan, tempat tidur dan bagi wang sebab kerja, siapa yang tidak suka.

“Saya juga suka kerja walaupun sudah tua, tidak kuat, tetapi masih boleh bantu buat kerja-kerja yang ringan. Kalau boleh biar saya tinggal sini lama,” katanya.

Sementara itu Awi ketika ditemui berkata, mengupah pekerja warga emas untuk membantunya di ladang bukan satu perbuatan kejam berikutan usia mereka yang sudah lanjut.

Berkebun katanya, adalah satu aktiviti sihat yang membantu mereka mengeluarkan peluh, malah berupaya menghilangkan rasa sunyi masing-masing apabila terpisah jauh daripada keluarga.

“Bagi saya, perkara sebegini boleh dilakukan di tempat lain juga. Mereka ini (warga emas) kadangkala bosan, ada yang mahu bekerja, mahu dapat upah, tetapi tidak diberi peluang dan ruang, jadi saya minta kebenaran JKM dan mereka suruh cuba dahulu.

“Alhamdulillah, semua warga emas ini seronok di sini. Banyak anak benih yang sudah disemai dan ia akan mula dijual tidak lama lagi. Saya tidak memaksa mereka untuk terus bekerja, semuanya bebas berehat atau bekerja bila-bila masa. Tempat rehat, makanan semua siap disediakan,” katanya tersenyum.

Kegembiraan semua warga emas situ jelas Awi, terserlah apabila kesemuanya berada dalam keadaan sihat dan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hampir lima bulan mereka berada dalam jagaannya.

“Sekarang ini kami bercadang untuk menjual anak-anak benih pokok yang disemai warga emas ini di dalam beg poli (polybag) kecil dengan harga RM1 ke kedai-kedai bunga, selain diberikan percuma kepada kanak-kanak yang gemarkan aktiviti bercucuk tanam untuk tujuan pembelajaran.

“Antara anak benih yang disemai kumpulan warga emas ini adalah cili, pegaga, ulam-ulaman, sayur-sayuran, daun salam, daun kantan dan beberapa lagi tumbuhan lain,” katanya.

Awi juga berkata, beliau bercadang untuk menawarkan lagi beberapa warga emas yang ingin menyertai aktiviti dilakukannya itu dan turut mencadangkan pusat jagaan lain agar melakukan aktiviti tersebut.

“Kalau tak mahu ke sini, boleh buat aktiviti ini di tempat mereka. Sekurang-kurangnya warga emas terbabit ada aktiviti ingin dilakukan dan mereka sedikit sebanyak dapat membantu negara juga.

“Selepas RSK siap diubah suai dalam dua atau tiga tahun lagi, penghuni yang berpindah sementara akan dibawa pulang semula ke RSK. Tetapi, jika warga emas yang bersama saya di sini ingin terus tinggal di sini, boleh teruskan,” katanya. – Getaran, 20 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Wanita 80 Tahun Rugi Lebih RM10 Juta Terpedaya Skim Pelaburan Kripto

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pukul Warga Emas Sebabkan Kemalangan, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Dusun

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Sivasangari Dinobatkan Atlet Terbaik April Oleh The World Games

Sukan 8 jam yang lalu

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Kecam Sekeras-Kerasnya Serangan Terkini Israel Ke Atas Rafah

Semasa 6 jam yang lalu

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat