web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggota Polis Maut, Ada Kesan Tembakan Di Kepala

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 8:52PM

Anggota polis dan bomba melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Taman King Fook, Tawau pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU- Seorang anggota polis ditemui maut, dipercayai membunuh diri di sebuah rumah di Taman King Fook, Jalan Utara Baharu di sini pagi tadi. 

Rumah dihuni mendiang itu turut terbakar dan mayat mangsa yang berusia 35 tahun ditemui pada jam 10.35 pagi dengan kesan melecur di seluruh anggota badan serta kesan tembakan di kepala.

Saksi memberitahu, sepucuk senjata api dipercayai milik anggota polis berkenaan turut ditemui bersebelahan mayat mendiang.

Insiden terbabit bagaimanapun menjadi satu misteri, apabila beberapa jiran ditemui Getaran mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat anggota berpangkat Lans Koperal berkenaan, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

"Setakat ini mayat mangsa telah dirujuk ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat," katanya, ringkas.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat BBP Tawau Julius John Stephen Jr memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.17 pagi.

"Kebakaran tersebut membabitkan sebuah bilik dan api berjaya dipadamkan sebelum ketibaan bomba.

"Bagaimanapun, kami terpaksa memecahkan pintu bilik selepas mendapati ia dikunci dari dalam," katanya.

Sebaik dipecahkan jelas beliau, satu mayat dalam keadaan rentung ditemui dalam bilik berkenaan.

Menurut Julius, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Getaran, 9 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad