web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johor Minta Bantuan Indonesia Cari Penyelam Remaja Warga Belanda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 3:21PM

Esther Molina, 57, (kiri) yang merupakan ibu kepada warga Perancis, Alexia Alexandra Molina bersama ahli keluarganya tiba di pekarangan hospital swasta di Johor Bahru hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR GUDANG - Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini kerana berdasarkan pemerhatian, mangsa, Nathen Renze Chesters, berkemungkinan dihanyutkan ke perairan negara berkenaan. 

“Kami memohon bantuan daripada semua pihak di perairan antarabangsa. Semua pihak yang berada di kawasan tersebut, Indonesia dan Malaysia, kita perlu bekerjasama untuk kita selamatkan atau menjumpai mangsa keempat yang masih lagi hilang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dua penyelam warga asing yang diselamatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Mengulas mengenai keadaan tiga mangsa yang ditemui selamat, Onn Hafiz berkata mereka kini dalam keadaan sedar dan dalam proses pemulihan.

Katanya kos rawatan kesemua penyelam akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa. 

“Alhamdulillah, dua mangsa lagi ditemui selamat awal pagi tadi. Seorang mangsa yang ditemui sebelum ini juga semakin pulih di Hospital Mersing. 

“Para doktor sedang melakukan yang terbaik untuk mereka. Kami harap mereka akan pulih segera dan kami akan terus melakukan yang terbaik dan semoga mangsa terakhir ditemukan dalam keadaan baik secepat mungkin,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing dilaporkan berkata dua daripada tiga penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas, ditemukan selamat di selatan Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.

Beliau berkata penyelam warga Britain Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18, dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 1 pagi.

Mangsa yang masih hilang merupakan anak lelaki kepada Adrian Peter.

Dalam kejadian tengah hari Rabu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.

Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung, dilengkapi pakaian dan peralatan menyelam, oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi, Khamis lepas. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad