web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bawa Anak Kecil Ke Bazar Cetus Risiko Jangkitan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 3:06PM

Pakar perubatan menasihatkan ibu bapa agar tidak membawa anak-anak kecil, terutama bayi ke kawasan sesak seperti bazar Ramadan kerana ia boleh mengundang musibah terhadap anak tersebut. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehadiran kanak-kanak ke lokasi sesak seperti bazar Ramadan dengan jumlah kes COVID-19 masih tinggi, mampu meningkatkan risiko jangkitan terhadap golongan terbabit, sekali gus membawa kepada masalah lebih besar.

Menurut Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mohd Afiq Mohd Nor, terdapat banyak kesan buruk jika seseorang kanak-kanak dijangkiti COVID-19, termasuk dari segi tumbesaran, pembelajaran dan kualiti kehidupan.

Katanya, apabila kanak-kanak mendapat jangkitan COVID-19, mereka mungkin dilihat hanya mengalami gejala ringan, namun hakikatnya seperi dilaporkan, ada antaranya mengalami sindrom post COVID-19 atau dikenali sebagai Long COVID.

“Simptom Long COVID hadir dalam pelbagai komplikasi, antaranya kelesuan, kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti, batuk dan sukar tidur nyenyak.

“Lebih membimbangkan adalah kanak-kanak yang positif COVID-19, berisiko mengalami masalah sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak (MISC),” katanya kepada Getaran hari ini.

Menurut Dr Mohd Afiq, walaupun pada mulanya kanak-kanak tersebut hanya mengalami gejala ringan selepas positif COVID-19, mereka berisiko mendapat MISC dengan simptom lebih teruk.

“Jika mendapat MISC, ia akan merosakkan sistem organ dalam badan seseorang kanak-kanak itu sehingga mengundang penyakit lain, seperti Kawasaki dan akhirnya memberi lebih banyak komplikasi kesihatan terhadap mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkembangan pembelajaran kanak-kanak itu juga akan terjejas apabila terpaksa dikuarantin dan mengganggu rutin mereka di sekolah.

“Seperti yang berlaku sebelum ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mengakibatkan ramai kanak-kanak tidak boleh ke sekolah, sekali gus mengganggu proses pembelajaran mereka.

“Jika mereka terkena jangkitan COVID-19, pastinya kanak-kanak itu terpaksa terkurung dan membantutkan proses pembelajaran kerana perlu menjalani pelbagai macam rawatan," katanya.

Menurut Dr Mohd Afiq, apa yang lebih membimbangkan adalah kadar vaksinasi terhadap kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun secara keseluruhannya di Malaysia masih di bawah 40 peratus.

“Jika kita teliti perkembangan semasa, purata kanak-kanak mendapat jangkitan COVID-19 setiap minggu adalah sekitar tujuh hingga lapan peratus dan ia agak tinggi.

“Melihatkan kepada peratusan itu, kemungkinan untuk mereka mendapat jangkita wabak ini masih tinggi lebih-lebih lagi jika didedahkan ke kawasan sesak seperti bazar Ramadan,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan supaya ibu bapa tidak membawa anak-anak kecil, terutama bayi ke kawasan sesak seperti bazar Ramadan kerana tindakan itu boleh mengundang musibah terhadap anak tersebut.

“Adalah lebih baik, jika hanya ibu bapa saja pergi membeli juadah berbuka tanpa membawa anak-anak kecil, namun mereka perlu sentiasa beringat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ibu bapa juga dinasihatkan untuk merancang lebih awal juadah mahu dibeli dan kemudian terus pulang ke rumah supaya tidak bersesak di bazar Ramadan dan tak perlulah nak ‘window shopping’ di bazar tersebut,” katanya. - Getaran, 9 April 2022
 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini