web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8 Kes Samun Selesai Dengan Penahanan 3 Lelaki

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 8:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis percaya berjaya menyelesaikan lapan kes samun di Cheras, Ampang dan Kajang susulan penahanan tiga lelaki di kawasan perumahan di Bandar Sri Permaisuri, di sini, dalam dua operasi berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata berdasarkan risikan, polis menahan suspek pertama yang disyaki menyamun sebuah kedai serbaneka di Cheras dengan anggaran kerugian RM149.90 pada 8.30 malam.

Beliau berkata hasil penahanan lelaki itu, pihaknya menahan dua lagi suspek pada 10.30 malam dan merampas dua parang yang dipercayai digunakan dalam kes samun kedai serbaneka terbabit.

“Ketiga-tiganya yang berusia 21 hingga 25 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

“Kesemuanya yang memiliki beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah kini direman hingga 13 April ini untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Muhammad Idzam menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah ke hotline polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 22 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad