web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ujian DNA Bantu Selesai Kes Rogol 12 Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 9:52PM

Suspek kes rogol 12 tahun lalu berjaya ditangkap hasil DNA yang dijalankan oleh polis. - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penantian selama 12 tahun seorang mangsa rogol untuk mendapatkan pembelaan menemui 'sinar' apabila lelaki disyaki merogolnya dikenalpasti berdasarkan siasatan saintifik menggunakan data asid deoksiribonukleik (DNA).

Suspek yang kini berusia 40 tahun berjaya ditahan di sebuah ladang ternakan kambing sekitar Balik Pulau, Pulau Pinang, petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata suspek ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, 12 tahun lalu.

“Siasatan saintifik menggunakan data asid deoksiribonukleik (DNA) berjaya mengenal pasti identiti suspek dalam kes ini.

“Justeru, satu operasi dilancarkan serta merta untuk mengesan dan menahan suspek. Lelaki itu kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, Pulau Pinang selama enam hari bermula hari ini sehingga 13 April depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mengulas lanjut, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berputus asa dalam usaha mendapatkan maklumat perkembangan kes, sehingga berjaya mengenal pasti suspek yang terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.

“PDRM sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Pejabat Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan,” katanya. - Getaran, 8 April 2022
 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad