web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Najib Perlu Fail Permohonan Diwakili Peguam Diraja Selewat-Lewatnya Akhir Mei

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2022 9:44PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memfailkan permohonan untuk melantik Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom mewakili beliau dalam rayuan terakhirnya bagi kes membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada akhir Mei.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, yang mengesahkan perkara itu, berkata jika permohonan itu tidak berjaya, bekas Perdana Menteri tersebut perlu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Sementara itu, pendengaran rayuan utama akan ditetapkan selepas permohonan QC dimuktamad. Pembelaan akan menulis kepada mahkamah untuk memaklumkan tarikh yang sesuai untuk QC menghadiri pendengaran rayuan utama selewat-lewatnya pada 18 April.

“Pembelaan turut memohon pelanjutan masa untuk memfailkan petisyen bagi rayuan utama selama dua minggu lagi. Bagaimanapun, mahkamah telah mengarahkan mereka untuk memfailkan permohonan rasmi selewat-lewatnya pada 11 April,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas prosiding maya yang berlangsung di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yussof dan Siti Hajar Mustaffa.

Pada 25 Januari lepas, firma guaman Tetuan Shafee & Co telah menyerahkan surat kepada setiausaha Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengenai hasrat Najib melantik QC untuk membantu beliau berhubung isu kompleks dan persoalan undang-undang dalam rayuan kes SRC di Mahkamah Persekutuan.

Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.

Najib kemudian memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar