web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Macau Scam Makin Berani, Tipu Wang Bank, TH Mangsa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 8:13PM

Datuk Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sindiket Macau Scam kini semakin berani apabila bukan setakat melesapkan wang dalam akaun bank konvensional mangsa, malah menggelapkan simpanan pelaburan Tabung Haji (TH) mereka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, sindiket itu kini menyalahgunakan kemudahan fasiliti perbankan internet oleh TH dengan kerjasama bank konvensional lain bagi melakukan jenayah terbabit.

Menurutnya, siasatan mendapati, mangsa memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali melalui panggilan telefon.

“Akibatnya, tidak hanya wang dari akaun bank mereka hilang, wang dari TH lesap.

“Setakat ini sebanyak 65 kes sudah dilaporkan membabitkan kerugian sebanyak RM3.6 juta,” katanya  menerusi kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berulang kali mengingatkan orang ramai supaya jangan sesekali memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali supaya kes penipuan sebegini dapat dihentikan.

“Pesanan ini berkali-kali dimaklumkan kepada orang ramai dan PDRM akan terus berbuat demikian dalam usaha mengelakkan lebih ramai menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, berdasarkan siasatan, dalang kepada kegiatan sindiket itu akan membuat panggilan kepada individu untuk menakutkan mereka dengan dakwaan terbabit jenayah dan sebagainya.

“Mereka akan meminta mangsa mendedahkan maklumat perbankan kononnya bagi tujuan siasatan, namun akhirnya wang simpanan mangsa lesap.

“Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak sekali-kali menyerahkan maklumat perbankan kepada mana-mana individu tidak dikenali,” katanya. - Getaran, 7 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad