web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih 250,000 Pengembara Keluar, Masuk Sempadan Negara - KP Imigresen

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 11:23AM

Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sebanyak 252,730 pengembara masuk dan keluar direkodkan di pintu-pintu masuk utama negara dalam tempoh empat hari sejak sempadan negara dibuka semula pada 1 April, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Daripada jumlah itu, sebanyak 126,392 ketibaan dan 28,301 berlepas melibatkan warganegara Malaysia, manakala 55,121 ketibaan dan 42,916 berlepas adalah pengembara asing, katanya.

Pintu masuk negara yang mencatatkan jumlah pergerakan warga asing tertinggi ialah di Bangunan Sultan Iskandar di Johor iaitu 160,818, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebanyak 38,407, Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor (53,113), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) (11,712) dan Bukit Kayu Hitam, Kedah (6,980).

Lima negara yang merekodkan jumlah pengembara tertinggi ialah Singapura (65,165), Thailand (7,841), Indonesia (5,173), India (2,477) dan United Kingdom (1,485), katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April lepas selari dengan perancangan negara memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.

Mengenai pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa, Khairul Dzaimee berkata pihaknya telah mengeluarkan 12,923 naskah pasport dalam tempoh yang sama.

“Dijangka (pengeluaran pasport) akan terus meningkat berikutan orang awam memanfaatkan pembukaan sempadan bagi tujuan melancong ke luar negara dan mengerjakan ibadah umrah,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata pembukaan semula sempadan negara menyaksikan peningkatan pergerakan keluar masuk pengembara asing ke negara ini sebanyak 76.4 peratus manakala pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa meningkat sebanyak 38.2 peratus.

Beliau turut mengingatkan warga tempatan dan pengembara antarabangsa agar sentiasa mematuhi protokol am pengembara yang ditetapkan Kementerian Kesihatan serta Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Kepada rakyat Malaysia, anda dinasihatkan supaya menyemak rekod senarai hitam dalam portal Jabatan Imigresen atau kiosk yang terdapat di KLIA,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Bukan Semua Warga Asing PATI, Ramai Miliki Dokumen Sah - KP Imigresen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 171 Warga Asing Dalam Operasi Di Masjid India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Imigresen Sabah Hantar Pulang 153 Pendatang Indonesia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad