web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ceroboh Taman Asuhan Kanak-Kanak, Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 4:03PM

Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki menceroboh masuk ke sebuah taman asuhan kanak-kanak di Telok Panglima Garang, kononnya untuk memberikan roti kepada anaknya.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima laporan daripada seorang guru taman asuhan terbabit yang memaklumkan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, cubaan suspek masuk ke taman asuhan berkenaan dihalang guru yang menyedari kejadian itu.

Bagaimanapun, menurutnya, suspek bertindak merampas topi keledar pelajar yang dipegang guru sebelum meluru masuk ke kelas itu.

“Menyedari kejadian ini, ibu bapa yang berada di lokasi menahan lelaki tersebut, namun kemudian melepaskannya selepas menyedari lelaki terbabit tidak siuman.

“Hasil siasatan mendapati suspek tidak ada mengeluarkan kata-kata ugutan dan tidak mendatangkan kecederaan terhadap sesiapa ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan.

Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek warga Bangladesh berusia 23 tahun itu di kawasan Taman Pahlawan Telok Panglima Garang.

“Suspek gagal memberikan sebarang dokumen pengenalan diri kepada pihak polis dan siasatan awal mendapati dia disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

“Lelaki itu kini direman selama empat hari dan ditahan di Lokap Balai Polis Banting. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya. - Getaran, 5 April 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad