web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengumuman Tidak Naik Kadar Tol Usaha Dimulakan Kerajaan PH

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 12:03PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kadar tol di empat lebuh raya tidak dinaikkan adalah kesinambungan kepada usaha dimulakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Oktober 2019.

Majlis Presiden PH berkata, sekiranya Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH hanya mentadbir 22 bulan tidak berlaku, inisiatif terbabit boleh dilaksanakan untuk membantu meringankan beban rakyat.

“Pengumuman Perdana Menteri adalah kesinambungan kepada usaha dimulakan kerajaan PH pada Oktober 2019 apabila Majlis Jemaah Menteri ketika itu memutuskan secara dasar untuk memulakan proses mengambil alih lebuh raya tersebut.

“Ia membabitkan Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP). Maka apa diumumkan ini adalah dasar PH yang diteruskan hingga ke penghujungnya.

“Ini membuktikan bahawa jika PH terus mentadbir lebih dari 22 bulan dan Langkah Sheraton tidak berlaku, pelbagai dasar yang membantu meringankan beban rakyat dapat dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Menurut kenyataan sama, kerajaan PH memulakan usaha menamatkan konsesi lebuh raya dengan mengurangkan kadar tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 18 peratus pada tahun 2020.

“Malah PH sudah merancang untuk memberi diskaun sebanyak 30 peratus dan tol percuma selama 16 jam sehari di empat lebuh raya ini.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk memberi diskaun tambahan kepada pengguna empat lebuh raya ini dan memberi penjelasan penuh ke Parlimen berhubung hak milik ALR (Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd), terutama dari sudut kewajipan kewangan serta ketelusan perbelanjaan ALR,” katanya.

Bagi rekod, keempat-empat lebuh raya tersebut dilaporkan akan diambil alih sebuah entiti, iaitu Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) pada nilai RM5.48 bilion.

Semalam, Ismail Sabri mengumumkan kadar tol empat lebuh raya di Lembah Klang tidak dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi.

Keputusan itu dibuat selepas kerajaan bersetuju dengan cadangan penstrukturan semula empat syarikat konsesi lebuh raya itu. - Getaran, 5 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan