web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bubur Lambuk Tradisi 100 Tahun Masjid Jamek Kampung Baru Kembali Lagi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2022 9:00AM

Seorang wanita menunjukkan bubur lambuk yang diterima daripada sukarelawan Masjid Jamek Kampung Baru. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bubur lambuk adalah antara juadah tradisi amat sinonim ketika Ramadan yang sering menjadi ‘buruan’ umat Islam di seluruh negara, untuk dijadikan menu berbuka puasa.

Hidangan diperbuat daripada beberapa bahan asas, seperti bawang dan rempah ratus, termasuk adunan ubi kentang, lobak merah dan daging di sesetengah tempat itu sering menjadi pilihan kerana enak dan mengenyangkan.

Bagaimanapun, bagi penduduk di sekitar ibu negara, bubur lambuk disediakan Masjid Jamek Kampung Baru tetap di hati dan menjadi juadah istimewa yang tidak boleh dilepaskan kerana kelazatannya.

Bubur lambuk yang sudah siap dimasak dan dibungkus. - Gambar oleh Syeda Imran
Bubur lambuk yang sudah siap dimasak dan dibungkus. - Gambar oleh Syeda Imran

Justeru, ramai penggemar hidangan itu kecewa apabila aktiviti memasak dan mengagihkan bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru tidak dapat diadakan ketika Ramadan 2020, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan akibat COVID-19.

Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata, sejak tahun lalu, pihaknya bagaimanapun kembali mengadakan aktiviti itu biarpun terpaksa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menerima bubur lambuk. - Gambar oleh Syeda Imran
Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menerima bubur lambuk. - Gambar oleh Syeda Imran

“Tahun lalu, bilangan sukarelawan yang tampil untuk membantu memasak dan mengagihkan bubur lambuk tidak ramai kerana masyarakat masih lagi takut jika dijangkiti COVID-19.

“Bagaimanapun, Alhamdulillah, kita menerima lebih 30 sukarelawan tahun ini untuk menyediakan 15 periuk bubur lambuk setiap hari sepanjang Ramadan,” katanya kepada Getaran di sini, awal pagi tadi.

Seorang sukarelawan masjid mengagihkan bubur lambuk. - Gambar fail
Seorang sukarelawan masjid mengagihkan bubur lambuk. - Gambar fail

Menurut beliau, sukarelawan terbabit berkumpul di masjid berkenaan seawal jam 3 pagi setiap hari untuk memulakan persiapan memasak bubur lambuk yang berlangsung dari jam 9 hingga 11 pagi.

“Proses memasak bubur lambuk dengan menggunakan resipi tradisi berusia lebih 100 tahun ini agak rumit, tambah pula kita masak dalam kuantiti banyak setiap hari.

“Selepas selesai dimasak, sukarelawan akan membungkuskan bubur lambuk ini ke dalam kira-kira 3,500 bungkusan sebelum diedarkan secara percuma kepada orang ramai di masjid itu selepas solat Asar,” katanya.

Sukarelawan memasak bubur lambuk. - Gambar fail
Sukarelawan memasak bubur lambuk. - Gambar fail

Mohd Khay berkata, pengagihan ditetapkan melalui dua kaedah, iaitu pemberian terus kepada jemaah masjid dan pandu lalu untuk mereka yang bekerja di sekitar kawasan berkenaan.

Kongsinya, ada kala sukarelawan akan menahan bas yang melalui hadapan masjid untuk mengagihkan beberapa bungkus kepada pemandu dan penumpang.

Beliau berkata, pengurusan masjid sememangnya berniat untuk memberikan bubur berkenaan kepada seramai mungkin penerima, agar dapat bersama-sama menikmati hidangan lazat itu ketika berbuka puasa.

“Pada masa sama, kita menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil lebih daripada dua bungkus bubur lambuk ini setiap seorang bagi membolehkan lebih ramai masyarakat dapat menikmatinya,” katanya.

Lima hingga enam tan beras digunakan sepanjang Ramadan untuk penyediaan bubur lambuk. - Gambar fail
Lima hingga enam tan beras digunakan sepanjang Ramadan untuk penyediaan bubur lambuk. - Gambar fail

Mengulas mengenai proses memasak, Mohd Khay berkata, pengurusan masjid itu menggunakan lima hingga enam tan beras sepanjang Ramadan untuk penyediaan bubur lambuk berkenaan dengan anggaran kos sebanyak RM350,000 sebulan.

“Kos bahan mentah pada tahun ini meningkat antara 15 hingga 25 peratus berikutan kenaikan harga barang, jadi peruntukan dikeluarkan juga agak tinggi,” katanya.

Peruntukan itu, ujarnya, disumbangkan masyarakat sepanjang tahun kepada tabung masjid dan kemudian digunakan kembali untuk memberi ‘pulangan’ kepada orang ramai dengan menghasilkan juadah istimewa berkenaan.

“Orang ramai dipelawa untuk tidak melepaskan peluang menikmati bubur tradisional resipi nenek moyang ini sambil beramal sepanjang Ramadan,” katanya. - Getaran, 4 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Usaha Berkaitan Kampung Baru Perlu Ambil Kira Kepentingan Melayu - Sultan Sharafuddin

2

Selera 3 tahun yang lalu

Lemang Power Tong Dram Tambat Hati Pelanggan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Fasiliti, Utiliti Kampung Baru Perlu Dinaik Taraf - CEO PKB

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

'Bubur Che Minah Sayang' Juadah Berbuka Penghuni Penjara Penor

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad