web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Rosmah Timbulkan Keraguan Munasabah Tanpa Panggil Najib Jadi Saksi - Pembelaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 5:40PM

Datin Seri Rosmah Mansor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor telah menimbulkan keraguan munasabah dalam kes rasuahnya membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak walaupun suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dipanggil memberi keterangan bagi pihak pembelaan.

Pasukan pembelaan dalam hujahan bertulisnya berkata ia memilih untuk tidak memanggil Najib sebagai saksi pembelaan kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

“Kami dengan hormatnya berhujah bahawa adalah hak prerogatif pihak pembelaan untuk memanggil saksi yang ditawarkan, Najib untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah.

“Bagaimanapun pada 10 Januari, peguam utama pihak pembelaan, Datuk Jagjit Singh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memutuskan untuk menarik balik selepas membincangkan merit memanggil Najib dan memilih untuk tidak memanggilnya kerana keterangannya hanya bersifat menyokong.

“Pendakwa utama Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan tiada masalah dengan keputusan pembelaan untuk tidak memanggil Najib kerana ia adalah hak prerogatif pembelaan untuk berbuat demikian,” kata pihak pembelaan dalam hujah bertulis yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 29 Mac.

Dalam penghujahan di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan berkata pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti bahawa tertuduh (Rosmah) sememangnya telah meminta dan menerima sebarang suapan daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Ia seterusnya berkata pihak pendakwaan terus mendapati tertuduh bersalah tanpa sebarang asas dan bukti walaupun pihak pendakwaan sendiri mengakui tertuduh tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan.

“Oleh itu, kami berhujah bahawa adalah jelas bahawa dakwaan dan pertuduhan terhadap tertuduh adalah remeh, dilakukan dengan tujuan semata-mata untuk menjadikan tertuduh sebagai kambing hitam.

“Justeru, anggapan statutori di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 tidak boleh digunakan terhadap tertuduh kerana pihak pendakwaan gagal mewujudkan bahan penting bagi ketiga-tiga pertuduhan dalam kes ini,” hujah pihak pembelaan.

Pada 23 Februari tahun ini, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil dua saksi, Rosmah dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan esok (5 April) untuk mendengar hujah lisan daripada kedua-dua pihak, pendakwaan dan pembelaan.

Pada 18 Februari tahun lepas, Rosmah, 70, diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Beliau berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi.

Rasuah itu didakwa diterima melalui bekas Pegawai Khas beliau, Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lembaga Pengarah SRC Dilantik Untuk Laksana Kehendak Najib - Bekas Pengarah SRC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Rosmah Masukkan Kerajaan, Polis Sebagai Pihak Ketiga Didengar 29 Mei

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad