Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Eh Dia Rompak Minyak Kita’, Netizen Kecam Tindakan ‘Curi’ RON95

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 3:13PM

Tindakan pemuda menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura yang mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Jalan Pandan dekat Johor Bahru menjadi tular dan dikecam netizen di media sosial. - Foto Facebook Ika Atikah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebaik sahaja pintu sempadan negara dibuka pada 1 April lalu, Malaysia mula menerima semula kemasukan pelancong dari luar negara.

Ketika lensa jurugambar tertumpu kepada pelancong yang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), lain pula insiden dirakam penduduk di Selatan tanah air mengenai gelagat rakyat seberang.

Foto gelagat seorang lelaki menggunakan kenderaan dengan nombor plat pendaftaran Singapura mengambil kesempatan mengisi petrol bersubsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Johor, tular dan heboh diperkatakan di media sosial.

Walaupun bukan isu baharu, trend itu dilihat bagaikan tidak berkesudahan dan lebih membimbangkan semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Terbaharu, seorang lelaki dirakam mengisi petrol menggunakan nozel kuning ke sebuah kenderaan jenis Mitsubishi bernombor plat Singapura di sebuah stesen minyak di Jalan Pandan, Johor Bahru.

Insiden itu dikongsi pengguna Facebook, Ika Atikah pada Ahad yang turut mendedahkan tegurannya tidak diendahkan lelaki terbabit.

“Bro hijau je boleh, kuning tu untuk kita orang, dah sound setepek tadi tapi dia buat muka langsi,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit sengaja menggunakan pam di bahagian belakang stesen agar tindakannya tidak disedari pekerja premis minyak dan pelanggan lain.

“Dia cari pump (pam) belakang, jadi orang tak perasan. Time peak hour (ketika waktu puncak), ramai orang dan mostly (kebanyakan) yang tengah isi minyak ialah plate (plat) SG (Singapura), staf memang tak perasan,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang kecaman dalam kalangan netizen dengan rata-rata menyindir perbuatan agak melampau itu.

“Bukan kata takut masuk Malaysia kena rompak ke? Eh, dia yang rompak minyak kita. Tak malu,” kata Ain Mint.

“Kerajaan Malaysia kena kuatkuasakan betul-betul. Kalau kita pergi Singapura, punyalah drive (pandu) elok-elok sebab takut tak lepas masa nak balik sebab fikir kerajaan Singapura tegas,” kata Aisar Talha.

“Tag semua pihak berkuasa. Penguatkuasaan lemah, sebab tu senang lenang mereka buat salah macam tak ada apa-apa. Cuba kita buat hal di Singapura, tak bayar saman, jangan mimpi boleh keluar,” kata Adira Hady.

“Report (lapor) je stesen minyak yang beri isi minyak bersubsidi tu. Kerja boleh settle (selesai), untunglah puak warga asing tu. Macam Israel betul,” kata Irfan Danish.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerusi hantaran di Facebook hari ini, turut menegaskan petrol RON95 bukan untuk kenderaan bernombor plat asing.

Jurucakap KPDNHEP berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya peniaga didapati melakukan kesalahan berkaitan barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974).

“Semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak yang bersempadan dengan Singapura atau Thailand, dinasihatkan agar mematuhi undang-undang larangan penjualan petrol RON95 kepada semua kenderaan pendaftaran asing.

“Penguat kuasa KPDNHEP akan sentiasa menjalankan pemantauan agresif untuk memastikan pematuhan peniaga terhadap larangan ini,” katanya.

Malah semalam, Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, mana-mana pihak yang melanggar akta tersebut akan dikenakan penalti.

Katanya, akta itu memperuntukkan penalti tidak melebihi RM1 juta atau individu didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala bagi perbadanan atau syarikat, didenda tidak melebihi RM2 juta. - Getaran, 4 April 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terengganu Tidak Bincang Cadangan Hukuman Sebat Di Khalayak – Azalina

Semasa 17 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Semasa 1 hari yang lalu

Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

Sukan 17 jam yang lalu

Aksi Pramusim Dalam Negara Turut Beri Kelebihan - Nafuzi 

oleh Rafisqi Radhi