web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbuka Puasa Sebelum Maghrib, Individu Wajib Qadha’

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 10:58AM

Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu terbuka puasa sebelum waktu Maghrib wajib menggantikan ibadah itu kerana ia tidak sah.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tidak sah dan terbatal puasa seseorang yang menyangka sudah tenggelam matahari sedangkan ia masih belum berlaku.

“Puasa itu wajib diqadha’ (ganti) semula menurut jumhur ulama,” katanya ringkas di Facebook hari ini.

Perkara itu dibangkitkan beliau dipercayai susulan tindakan penyampai sebuah stesen radio di Tawau, Sabah, Mohd Safwan Junit yang menyiarkan azan Maghrib lebih awal daripada waktu berbuka sebenar, semalam.

Susulan tindakan itu, penyampai terbabit mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan menjelaskan ia berpunca daripada kesilapan teknikal.

Menurut Mohd Safwan, azan Maghrib sepatutnya disiarkan pada jam 6.20 petang, namun dia tersilap menyiarkannya empat minit lebih awal menyebabkan ramai penduduk Tawau berbuka puasa sebelum waktu sebenar.

Sementara itu, turut menarik perhatian adalah persoalan dikemukakan pengguna Facebook, Muhammad Danial yang bertanyakan mengenai Arab Saudi dan Brunei menjalani ibadah puasa sehari lebih awal daripada Malaysia.

“Kalau Arab Saudi dan Brunei puasa awal sehari atau raya awal sehari daripada kita, apa hukumnya ustaz?

“Katakan dosa kesilapan tarikh mula puasa atau raya itu pemerintah yang tanggung, kenapa kesilapan azan tidak ditanggung oleh (pihak) radio. Apa kata ustaz?,” soalnya.

Menjawab persoalan itu, Zulkifli yang juga mantan Mufti Wilayah Persekutuan berkata, apa yang rasmi dalam feqah adalah waktu berbuka ditetapkan apabila tenggelam matahari.

“Apa yang official (rasmi) dalam fiqh (feqah) adalah nampaknya tenggelam matahari atau dimaklumkan oleh individu yang adil akan tenggelamnya matahari,” katanya. - Getaran, 4 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1 Ramadan Ditetap 12 Mac - Syed Danial

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Agong Berkenan Menerima Menghadap, Berbuka Puasa Bersama PM

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Reen Rahim Kesal Akaun TikTok Disekat Gara-Gara Video Lagu Spontan Tak Pernah Bangun Sahur

4

Rencana 3 tahun yang lalu

Pesakit Diabetes Perlu Jaga Pemakanan Ketika Berpuasa Di Bulan Ramadan 

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 3 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad